Pemilik Kelab Tegaskan Akan Menjual Sunderland Secara Percuma Tetapi Dengan Satu Syarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Siapa yang tak inginkan barang yang percuma? Tetapi kebiasaannya setiap apa yang percuma pasti akan ada kos yang perlu ditanggung.

Itulah yang ditekankan oleh pemilik Sunderland, sebuah kelab EFL Championship. Pemilik tersebut ialah Ellis Short.

Percuma

Tetapi ada satu syarat yang jelas mesti dipenuhi jika sesiapa menjadi pemilik baru. Pemilik baru kelab sanggup mengambil alih bebanan hutang ditanggung kelab.

Anda sanggup?

Dilaporkan Sunderland mempunyai mempunyai hutang sebanyak 137.3 juta pound sterling. Itu yang dilaporkan oleh kelab pada 2016. Pada ketika itu, Sunderland masih beraksi sebagai kelab Premier League.

Tetapi, separuh daripada hutang yang ditanggung iaitu 69 juta pound sterling adalah daripada Ellis Short sendiri. Beliau dikatakan dalam pertimbangan hendak ‘menghalalkan’ sebahagian atau semua hutang Sunderland kepadanya.

Baki hutang tersebut dipercayai dipinjam daripada sebuah institusi kewangan.

Sudah jatuh ditimpa tangga

Begitulah peribahasa Melayu yang menegaskan malang yang datang hampir serentak.

Meskipun Sunderland menerima ‘parachute payments’ daripada Premier League dek penyingkiran divisyen, ia tidak banyak membantu dalam penyelesaian masalah kewangan kelab tersebut.

Semasa jendela perpindahan Julai – Ogos 2017 lalu, Sunderland hanya mempunyai kira-kira 1.25 juta pound sterling untuk perbelanjaan. Mujurlah Simon Grayson bijak memanfaatkannya dengan membawa masuk 10 pemain.

Chris Coleman, pengurus Sunderland. Sumber: Daily Express.

Tempoh Simon dengan Sunderland tidak lama tatkala Chris Coleman dibawa menggantikan beliau sebagai pengurus. Chris terpaksa membawa masuk 4 pemain percuma dan satu pinjaman.

Tambah parah apabila kelab terpaksa membelanjakan lebih kurang 3 juta pound setiap bulan untuk menanggung operasi. Mereka terpaksa membayar sebahagian gaji ditanggung untuk dua pemain mereka yang dipinjamkan ke kelab di Perancis.

Papy Djilobodji dan Wahbi Khazri dipinjamkan ke kelab Liga Perancis.

Apa berlaku di atas padang?

Skuad Sunderland bagi musim ini. Sumber: Goal.com

Sunderland kini berada di tangga tercorot EFL Championship. Daripada 34 perlawanan diharungi, mereka hanya menang 5 kali dan 12 kali seri.

Kelab itu diletakkan sebagai calon yang bakal diturunkan divisyen ke EFL League One. Tetapi perjalanan mereka dalam saingan EFL Championship masih dikatakan selamat.

Ini kerana Barnsley, kelab yang berada di atas zon relegasi hanya beza 4 mata dengan Sunderland.

Mungkinkah akan ada keajaiban buat Sunderland? Adakah para penyokong Sunderland akan kutip dana untuk menyelamatkan kelab kesayangan mereka.

Seseorang perlu menjadi hero untuk kelab ini. Atau kita tidak akan melihat aksi pasukan digelar Kucing Hitam ini lagi pada masa hadapan.