Pembatalan Ballon d’Or Tahun Ini Musnahkan Harapan Lewandowski

Robert Lewandowski Ballon d'Or

Hasrat peminat bola sepak di seluruh dunia untuk melihat penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski memenangi Ballon d’Or tidak kesampaian selepas pihak penganjur, majalah France Football mengumumkan majlis anugerah tahunan itu tidak akan dilaksanakan pada tahun ini.

Pembatalan buat kali pertama dalam tempoh 64 tahun itu dibuat dibuat ekoran pandemik COVID-19 yang telah menjejaskan kalendar bola sepak di seluruh dunia.

Pemenang anugerah berprestij itu dipilih berdasarkan undian dari wartawan dan pengamal media bola sepak di seluruh dunia yang akan mencalonkan pemain bola sepak terbaik bagi kategori lelaki dan wanita.

Ketua Editor France Football, Pascal Ferre dalam kenyataan media yang dikeluarkan pihaknya menjelaskan keputusan berat tersebut terpaksa diambil selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk beberapa liga yang terpaksa ditamatkan lebih awal.

“Dari perspektif sukan, dua bulan (Januari dan Februari), tidak cukup untuk semua pihak memutuskan siapa yang layak untuk memenangi anugerah ini, terlalu sukar untuk mengukur dan membuat penilaian.”

Lewandoswki berpeluang untuk menjadi pemain kedua yang memecahkan dominasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo – selepas Luka Modric melakukannya pada 2018 – setelah menjaringkan 50 gol pada musim ini.

Penyerang kebangsaan Poland itu juga telah membantu Bayern Munich meraih kejuaraan Bundesliga buat kali kelapan berturut-turut selain memenangi Piala DFB-Pokal dan berpeluang untuk membantu kelabnya menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Beliau juga kini mendahului carta Kasut Emas Eropah dengan mengumpul 34 gol, empat gol mengatasi Ciro Immobile dan Cristiano Ronaldo, namun kedua-dua penyerang tersebut masih berpeluang untuk memintas memandangkan saingan Serie A masih berbaki empat perlawanan.

Bekas penyerang Arsenal dan Manchester United, Robin Van Persie sebelum ini juga telah meletakkan nama Lewandowski sebagai calon utama untuk memenangi anugerah berkenaan pada tahun ini selain memilih Kevin de Bruyne dan Sadio Mane untuk tempat kedua dan ketiga.

Rekod pemenang terbanyak masih milik penyerang Barcelona, Lionel Messi yang menerima anugerah tersebut enam kali, lebih satu daripada Cristiano Ronaldo.

Kapten Argentina itu menempuh musim yang mengecewakan apabila Barcelona tewas dalam perlumbaan saingan La Liga kepada Real Madrid selain tewas kepada Atletic Bilbao di peringkat suku akhir Piala Raja Sepanyol.

Ronaldo pula masih berpeluang untuk membantu Juventus menjuarai Serie A dan UCL setelah pasukannya tewas kepada Napoli dalam perlawanan akhir Coppa Italia tempoh hari.

France Football bagaiamanpun mengatakan 180 juri akan mencalonkan ‘Pasukan Idaman’ terbaik sepanjang zaman pada penghujung tahun ini.

Kredit Foto: Getty Images

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Robert Lewandowski dan Ballon d’Or:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN