Pemain Yang Patahkan Kaki Kapten Vietnam Didenda VND40 Juta, Perlu Tanggung Kos Rawatan

Do Hung Dung Vietnam

Pemain Ho Chi Minh City, Hoang Trinh yang membuat terjahan keras ke atas kapten skuad kebangsaan Vietnam Do Hung Dung sehingga  mengalami kecederaan serius telah dijatuhkan hukuman berat oleh Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF).

Dalam laporan media Vietnam, pemain tersebut digantung dari sebarang perlawanan bola sepak sepanjang tahun 2021 selain didenda sebanyak VND40 juta (RM7,154.96) dan perlu menaggung kos rawatan Hung Dung (tidak lebih dari 15 bulan gaji).

Keputusan tersebut diumumkan oleh Vu Xuan, Ketua Jawatankuasa Disiplin VFF yang menyifatkan tindakan Trinh itu sebagai tidak bertanggungjawab dan merbahaya sehingga menyebabkan kecederaan serius.

Dalam aksi Liga Vietnam (V-League 1) yang mempertemukan dua seteru dari utara dan selatan negara komunis itu pada Selasa, Hung Dung yang beraksi untuk Hanoi FC diasak oleh pemain Ho Chi Minh City, Hoang Trinh.

Dalam video ulang tayang gerak perlahan jelas menunjukkan bagaimana kaki Hung Dung terkepak dipijak oleh lawannya dan terus terbaring menahan kesakitan sebelum pasukan perubatan masuk ke dalam padang untuk membantunya.

Selepas 10 minit, emain berusia 27 tahun itu kemudiannya diusung keluar dan terus dibawa ke hospital berdekatan menggunakan ambulan.

Meskipun Thinh dilihat beberapa kali meminta maaf dan seakan-akan menyesali perbuatannya, pengadil perlawanan tidak teragak-agak untuk melayangkan kad merah kepada pemain tersebut.

Dengan kecederaan tersebut, Hung Dung bakal terlepas baki tiga perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 kumpulan F bertemu Indonesia, Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jun ini.

Kredit Foto: Footempo

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak luar negara:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN