Pemain West Ham Buang Dimitri Payet Dari WhatsApp Group

Pemain West Ham menunjukkan kepada Dimitri Payet siapa bos sebenar selepas mengeluarkan beliau dari WhatsApp group pemain West Ham, mengikut laporan seorang wartawan dalam sebuah podcast di radio UK, Phoenix FM.

Seperti anda, kami juga pada mulanya meragui kesahihan berita ini.

Tetapi selepas menyelidiki sumber berita ini datang dari kurator akaun Twitter @ExWHUemployee, kami berpendapat berita ini ada kebenarannya.

Untuk pengetahuan anda, @ExWHUemployee merupakan sebuah akaun Twitter yang sememangnya terkenal dalam kalangan penyokong West Ham sebagai sumber dalaman (insider source) yang mempunyai kredibiliti.

Mark Noble dan James Collin halau Payet

Bercakap secara langsung di Phoenix FM, @ExWHUemployee memberitahu kepada pendengar cerita pemain-pemain West Ham ‘membuang’ Dimitri Payet dari WhatsApp group pemain.

Sebelum Payet dikeluarkan, kapten West Ham, Mark Noble dan pemain pertahanan, James Collin memberitahu bahawa beliau tidak dialu-alukan untuk menyertai perbualan WhatsApp mereka.

Pedro Obiang kemudiannya mengeluarkan nombor telefon Payet dari WhatsApp group pemain West Ham.

@ExWHUemployee turut memberitahu pendengar bahawa kebarangkalian Dimitri Payet untuk meninggalkan West Ham pada bulan ini sangat tinggi.

Kelab Ligue 1, Marseille dilaporkan berminat untuk mengambil Payet semula.

Tetapi West Ham berkeras mahu harga £25 juta yang ditetapkan untuk servis Payet dipatuhi oleh Marseille jika mereka berminat.

Selain Marseille, media UK juga melaporkan sebuah kelab China berminat untuk menawarkan gaji sehingga £520,000 seminggu.

Tetapi Payet dilaporkan telah menolak tawaran bermain di China kerana lebih berminat dengan tawaran dari Marseille.

[adrotate group=”6″]

Bagaimana kes pemain West Ham benci Payet bermula?

Jika anda terlepas drama ini, biar kami rangkumkan untuk anda.

Melihat prestasi West Ham yang teruk pada musim ini (ketika ini West Ham menduduki tangga ke-12 liga), Dimitri Payet melihat minat Marseille untuk membawanya keluar sebagai tawaran yang menggoda.

Payet turut memberitahu radio Perancis bahawa beliau ‘minat’ dengan Arsene Wenger dan beliau rindu bermain di Champions League.

Untuk memaksa West Ham menjualnya, Payet memberitahu pengurus kelab, Slaven Bilic bahawa beliau tak mahu bermain untuk West Ham lagi.

Pendiriannya itu memaksa Bilic untuk melarangnya datang ke sesi latihan skuad utama. Sebaliknya Payet diarahkan berlatih dengan pasukan bawah-23.

West Ham mahu ganti Payet dengan Sigurdsson

@ExWHUemployee turut mendedahkan West Ham sedang mengenalpasti perancang Swansea, Gylfi Sigurdsson sebagai calon pengganti Dimitri Payet.

Swansea rela menjual. Tetapi hanya pada harga £25 juta.

Maka tak hairanlah West Ham berkeras mahukan £25 juta daripada Marseille untuk melepaskan Payet.

Selain itu West Ham juga dilaporkan sedang mengintai Jose Fonte (Southampton), Robert Snodgrass (Hull City) dan Scott Hogan (Brentford).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN