Pemain Union Berlin Rela Tak Bergaji Demi Kelangsungan Kelab

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Adakah anda masih ingat artikel kami mengenai Union Berlin? Sebuah kelab bola yang masih ‘berdiri’ hasil dari darah penyokong mereka. Cerita hebat tersebut nampaknya tidak berhenti di situ kerana kini giliran pemain dan staf pasukan pula melakukan ‘pengorbanan’.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, Union Berlin telah mengumumkan semua pemain skuad utama telah bersetuju untuk tidak menerima gaji mereka bagi membantu pasukan sewaktu tempoh kritikal dalam menghadapi krisis penularan wabak coronavirus (COVID-19) yang semakin serius di Jerman.

Pasukan Bundesliga itu yang beraksi buat kali pertama di saingan tertinggi pada musim ini menghadapi kesukaran untuk menampung kos pengurusan selepas tidak bermain sebarang perlawanan setelah semua pertandingan digantung sejak 13 Mac lepas.

Beberapa staf kelab yang lain juga telah bersetuju untuk bersolidariti dengan membuat potongan gaji bagi bersama-sama menghadapi kriris dengan perlawanan dijangka tidak akan disambung sehingga bulan Mei.

Liga Bola Sepak Jerman (DFL) telah mengesahkan pada Selasa mengenai penggantungan Bundesliga dan 2.Bundesliga akan dilanjutkan sehingga 30 April.

“Ini adalah keadaan luar jangkaan yang kita perlu hadapi. Keutamaan kelab kami adalah bola sepak. Jika ia tidak wujud lagi, maka ia akan menyentuh asas kepada kewujudan kami,” kata presiden kelab, Dirk Zingler dalam kenyataannya.

“Pihak pengurusan, staf kejurulatihan, pemain dan semua pekerja lain bekerja keras dalam beberapa bulan ini untuk memastikan kejayaan dalam Bundesliga. Sekarang mereka telah memberikan sumbangan untuk memastikan kita dapat mengharugi krisis ini bersama.

“Keikhlasan mereka yang terlibat ini terlalu tinggi dan tidak mampu dibalas. Mewakili pihak pengurusan tertinggi kelab, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka semua di atas sokongan yang diberikan.

“Sebagai sebuah kelab, kami akan berusaha keras dalam berdepan dengan cabaran-cabaran mendatang dan untuk menjayakannya kita perlu bekerjasama sebagai sebuah kesatuan (Union) keluarga.

Union Berlin kini dalam landasan yang tepat untuk terus kekal dalam saingan Bundesliga selepas menduduki tangga ke-11 dengan mengumpul 30 mata daripada 25 perlawanan liga.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Union Berlin dan Bundesliga: