Pemain Turki Sepak Muka Pemain Lawan Selepas Dibuang Padang

Ini sesuatu yang gila.

Pemain Dallicaspor, Kayhan Karakas terjatuh selepas disepak oleh pemain Sanayispor, Mehmet Değirmenci.

Değirmenci terus menerima kad merah daripada pengadil.

Marah dengan keputusan pengadil, Değirmenci menghampiri Karakas yang terbaring sebelum dengan sengaja menyepak mukanya seperti bola.

Tindakan Değirmenci hampir membuatkan pergaduhan tercetus, dengan pemain Dallicaspor yang mahu membelasah beliau. Tetapi tindakan pantas pengadil dan pemain Sanayispor berjaya meleraikan pergaduhan.

Değirmenci kemudiannya dibawa keluar padang sebelum dipecat oleh kelabnya.

Karakas cuba meneruskan perlawanan walaupun selepas disepak di kepala, tetapi rebah di tengah-tengah perlawanan. Beliau kemudiannya dikejarkan ke hospital dan dilaporkan telah stabil.

Karakas juga dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Baca juga: Penyokong NY Red Bulls Mengutuk Lampard Dan Pirlo Dengan Kain Rentang Ini

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN