10 Pemain Tumpuan Dalam Euro B-21 2017

Euro B-21 pastinya menjadi kejohanan yang membuatkan pemantau bakat memerhati secara dekat beberapa prospek dalam bola sepak Eropah.

Kami senaraikan antara 10 pemain yang menjadi tumpuan kali ini.

1. Jordan Pickford – Penjaga Gol (England)

Pemain muda ini baru memuktamadkan kontrak dengan nilai perpindahan £30 juta. Kami tidak rasa nilai untu benar-benar untuk penjaga gol ke-3. Pemain yang cemerlang dalam EPL pada musim lalu.

2. Renato Sanches – Tengah serangan (Portugal)

Menjadi enjin utama Portugal pada Euro 2016. Kini beliau diletakkan dalam skuad Euro B-21.

Ramai peminat Portugal merasakan pasukan senior mereka kehilangan sentuhan Sanches pada perlawanan Piala Konfederasi menentang Mexico.

3. Marko Grujic – Tengah (Serbia)

Pemain muda yang dikurniakan dengan bakat hantaran bola dan kemampuan melakukan cubaan gol ketika membantu bahagian serangan.

4. Serge Gnarby – Penyerang (Jerman)

Bekas pemain Arsenal ini menjadi sensasi pada musim lalu selepas aksi cemerlang di Olimpik. Beliau akan bermain untuk Bayern Munich musim hadapan. Menjadi pemain yang dikatakan akan menggantikan Ribery.

5. Gianluigi Donnarumma- Penjaga gol (Itali)

Beliau antara prospek  paling panas dalam pasaran bola sepak dunia. Pemain yang membangun dengan mendadak di AC Milan.

Pada usia 18 tahun beliau sudah menjadi penjaga gol kedua Itali. Itupun kerana adanya Buffon. Jika di negara lain,  mungkin beliau sudah menjadi no.1.

6. Marco Asensio – Tengah serangan (Sepanyol)

Terlalu ramai pemain berbakat di kem Sepanyol. Kami memilih Asensio sebagai antara prospek tumpuan kali ini.

Musim 2016/17 adalah tahun terbaik untuk pemain yang dianggap underrated   ini. Berjaya membantu Real Madrid menjuarai La Liga dan UCL. Kini beliau juga dalam prestasi terbaik dalam kejohanan ini.

7. Dawid Kownacki – Penyerang (Poland)

Penyerang Lech Poznan ini membuat debut untuk kelab beliau ketika berusia 16 tahun. Menjadi pemain yang boleh bermain dengan mana-mana sistem serangan. Sama ada penyerang tunggal, kembar ataupun bertiga.

8. Dominico Berardi – Penyerang (Itali)

Pada usia 22 tahun beliau sudah ada koleksi 43 gol di Serie A. Beliau adalah pemain yang memiliki teknik kawalan bola yang sangat baik.

Beliau menjadi sasaran banyak kelab gergasi terutama sekali di Itali. Tidak lupa, fakta yang menarika adalah, pada usia 22 tahun Berardi adalah penjaring terbanyak Serie A dalam sejarah kelab Sassuolo.

9. Gerard Deulofeu – Penyerang (Sepanyol)

Beliau menjadi pemain yang memiliki rekod sangat baik dalam mana-mana peringkat belia. Deulofeu juga merupakan penjaring terbanyak B-21 Sepanyol sepanjang zaman ketika ini.

Kini diberitakan Barcelona mahu mendapatkan beliau kembali dengan mengaktifkan klausa beli balik.

10. Patrik Schick – Penyerang (Republik Czech)

Penyerang muda ini dikatakan sudah setuju untuk menyertai Juventus dengan nilai bayaran €30 juta. Beliau dijangka akan memuktamadkan perjanjian tersebut selepas tamat kejohanan ini.

Juventus mengenal pasti beliau sebagai salah satu daripada penyerang pada masa hadapan kelab tersebut. Schick dijangka akan dipinjamkan ke kelab lain selepas sah menjadi pemain Juve.

Siapa pilihan anda?

Itu adalah antara pemain pilihan kami. Ada beberapa nama lain yang juga patut diberikan perhatian seperti Tammy Abraham, Saul Niguez, dan beberapa pemain lagi.

Anda mungkin ada senarai anda sendiri.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN