Pemain Piala Belia Perak Terkorban Nahas Jalan Raya

Perak

Warga Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) khususnya kem skuad Piala Belia diselubungi kesedihan selepas kehilangan salah seorang daripada pemain mereka iaitu Muhammad Izzat Shah Ibrahim yang terkorban akibat kemalangan jalan raya di Chemor, malam semalam.

Allahyarham Izzat yang menunggang motosikal dilaporkan telah dilanggar sebuah kereta dari arah Chemor ketika mahu pulang ke rumahnya di Klebang kira-kira jam 11.00 malam semalam.

Menurut sumber Sinar Harian, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh mengeluarkan kenyataan mengenai kemalangan tersebut dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian

SEMOGA ARWAH MUHAMMAD IZZAT SHAH BIN IBRAHIM DITEMPATKAN DALAM KALANGAN ORANG BERIMANKeempat-empat pasukan Perak…

Posted by Perak TBG on Monday, January 20, 2020

“Ketika tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa terbabas dilanggar sebuah kenderaan yang tidak pasti nombor pendaftarannya.”

”Akibatnya mangsa tercampak di atas jalan dan disahkan maut. Motosikal mangsa berada pada jarak kira-kira 40 meter dari mayat mangsa.” 

Pihak Polis juga sedang mengesan saksi langgar lari tersebut dan mengharapkan bagi orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian tersebut boleh tampil memberikan kerjasama.

Jenazah arwah dibawa pulang ke kampung halamannya, Kampung Bendang Kering, Kuala Kangsar untuk pengkebumian.

Seluruh warga PAFA termasuk para pemain dari pasukan Liga Super, Liga Premier, Piala Presiden dan Piala Belia turut memberikan penghormatan terakhir serta menunaikan solat Zohor dan solat jenazah.

Kredit foto: Perak TBG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram