Pemain Nice Kecewa Keraian ‘Osom’ Balotelli Selepas Aksi ‘IG Live’

Mario Balotelli menjadi perhatian media sekali lagi. Ini selepas beliau meraikan gol ke atas bekas pasukannya, Nice.

Balotelli menjadi penjaring gol kemenangan Marseille dalam pertarunan itu. Selepas keraian rakaman ‘live IG’ minggu lalu, kali ini Balotelli meraikan gol dengan osom.

Balotelli melakukan aksi osom (batu, kertas, gunting) itu dengan Florian Thauvin di hadapan bekas rakan sepasukan yang beliua tinggalkan pada Januari lalu.

Pemain pertahanan Nice, Christophe Herelle menganggap kelakuan Balotelli itu keterlaluan dan tidak menghormati bekas kelabnya.

Herelle berkata: “Keraian gol itu membuatkan saya geram. Beliau tidak menjaringkan sebarang gol untuk 6 bulan [bersama Nice sejak permulaan musim 2018/19], dan kini beliau berlari kegirangan.”

https://twitter.com/TazPhalora/status/1104860089532510208

“Pada masa yang sama, kamu harus menghormati bekas kelab kamu, para penyokong dan individu yang banyak menyokong kamu ketika bermain dengan kelab lama.”

Ketika di terowong untuk rehat separuh masa, Balotelli dirakam telah bertengkar dengan beberapa bekas rakan sepasukannya. Balotelli dilihat melepaskan geram beliau kepada beberapa bekas rakan sepasukannya yang dituduh tidak sehaluan dengannya.

Herelle menambah lagi: “Balotelli memberitahu kami bahawa beliau tidak mahu jurulatih kami – Patrick Vieira – keluar ke padang pada masa yang sama dengan beliau. Saya kata kepadanya: ‘Diamlah!’.”

Balotelli menjaringkan 5 gol dalam 7 penampilan bersama Marseille. Beliau membantu memperbaiki prestasi Marseille yang sebelum ini disingkirkan kelab divisyen 4 – Andrezieux daripada Piala Perancis dan gagal ke pusingan kalah mati Europa League.

Selepas 45 tahun, Mario Balotelli menjadi pemain Marseille pertama yang menjaringkan gol dalam 4 perlawanan berturut-turut di tempat sendiri.

Marseille kini memanjangkan rentetan tanpa kalah kepada 6 perlawanan. Dan Sabtu ini mereka akan berhadapan dengan seteru perit – PSG.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram