Pemain Melaka United Cedera Parah Terlibat Dalam Kemalangan

Bekas pemain pertahanan skuad kebangsaan, Faizal Muhamad dilaporkan terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT 2) awal pagi tadi ketika dalam perjalanan pulang ke Terengganu.

Beliau yang kini beraksi untuk pasukan Melaka United dikhabarkan terus berangkat pulang selepas tamat perlawanan menentang Perak dalam aksi Liga Super di Ipoh malam tadi.

“MUSA mendoakan pemain pertahanan Melaka United, Mohd Faizal Muhamad segera pulih daripada kecederaan parah yang dialami selepas terlibat dengan kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Jabor, Pahang awal pagi tadi (Ahad, 26 Mei 2019).

“Kemalangan berlaku ketika beliau dalam perjalanan pulang ke Terengganu selepas perlawanan Liga Super 2019 antara Perak dan Melaka United di Stadium Perak, Ipoh malam tadi (Sabtu, 25 Mei 2019).

“Semoga beliau segera pulih daripada kecederaan untuk kembali membantu pasukan mengharungi perlawanan-perlawanan akan datang,” menurut kenyataan itu.

FOTO: Football Terengganu

Faizal merupakan antara pemain yang disenaraikan di bangku simpanan skuad Hang Tuah pada pertemuan menentang Perak. Namun, pemain berusia 30 tahun itu tidak diturunkan dalam aksi yang berkesudahan Melaka United menang 3-2.

Kami di SemuanyaBOLA mendoakan semoga beliau cepat sembuh dan kembali beraksi di atas padang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN