Rating Pemain: Lukaku & Hazard Cemerlang Pacu Belgium Ke Pusingan Kalah Mati

Tujuh gol dihidangkan dalam perlawanan ini menyaksikan Belgium menumpaskan Tunisia dengan jaringan 5-2. Berikut adalah rating pemain Belgium dan Tunisia.

(Photo credit should read YURI CORTEZ/AFP/Getty Images)

Belgium (3-4-2-1):

Thibaut Courtois-6.0
Menyelamatkan 3 percubaan tepat daripada Tunisia direkodkan. Kekal fokus di dalam perlawanan. Kurang bernasib baik melepaskan 2 gol.

Toby Alderweireld-7.0
Memenangi 4 daripada 5 perebutan bola tinggi, Alderweireld cemerlang memintas gerakan set-pieces Tunisia.

Dedryk Boyata-6.5
5 clearances direkodkan, Boyata cemerlang beraksi mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Jan Vertonghen-6.5
Melengkapkan sistem bek bertiga yang utuh dengan 3 clerances dari zon pertahanan.

Thomas Meunier-7.5
Aktif dengan larian dan hantaran lintang dari sebelah kanan, Meunier turut melakukan tugasan bertahan dengan baik di bahagian sisi pertahanan.

Kevin De Bruyne- 7.5
85% hantaran tepat, De Bruyne bertindak sebagai arkitek di dalam perlawanan ini untuk membuka ruang serangan pasukan Belgium.

Axel Witsel-7.0
Dominan di bahagian tengah, Witsel beraksi baik sebagai pemain tengah bertahan.

Yannick Carrasco-7.0
Aktif di sayap kiri, Carrasco sering memberi masalah kepada pertahanan Tunisia. Terlepas beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol.

Dries Mertens-7.5
Bergandingan dengan baik bersama Meuniier di sebelah kanan, Mertens turut menghasilkan 1 bantuan gol untuk Lukaku.

Eden Hazard-9.0
Dua gol dalam perlawanan ini dan konsisten memberi masalah kepada pertahanan lawan. Prestasi Hazard hampir sempurna.

Romelu Lukaku-8.5
Sepatutnya menghasilkan hatrik jika tidak dikecewakan dengan beberapa sentuhan pertama yang mengecewakan. Cemerlang di dalam penyudah, Lukaku adalah antara penyerang berbahaya di Piala Dunia kali ini.

Simpanan:

Marouane Fellaini-6.5
Tidak banyak boleh diperkatakan, namun berjaya mengekalkan intensiti pasukan Belgium.

Mitchy Batshuayi- 7.0
Menghasilkan 1 gol di minit akhir perlawanan.

Youri Tielemans- 6.5
Beraksi selama 5 minit, namun sempat menhasilkan 1 bantuan gol.

(Photo by VI Images via Getty Images)

Tunisia (4-3-3):

Farouk Ben Mustapha-6.0
Menyelamatkan 6 percubaan walaupun melepaskan 5 gol.

Dylan Bronn- 6.5
Berjaya menjaringkan 1 gol sebelum dikeluarkan akibat kecederaan.

Syam Ben Youssef-5.5
Beraksi selama 40 minit dan dikeluarkan akibat kecederaan.

Yassine Meriah-6.0
Hanya 1 tackles dan 3 clearances berjaya dihasilkan.

Ali Maaloul- 5.5
Salah satu kesilapan beliau menyebabkan gol untuk Belgium.

Ferjani Sassi-6.0
Tidak banyak boleh diperkatakan. Beraksi selama sejam sebelum dikeluarkan untuk risiko kad kuning kedua.

Ellyes Skhiri- 6.0
90% hantaran tepat, namun hanya mampu memenangi 2 daripada 12 perebutan bola di udara.

Saîf-Eddine Khaoui- 6.0
Hanya memiliki 1 percubaan tidak tepat sepanjang perlawanan.

Fakhreddine Ben Youssef-6.5
Sepertti Khaoui, gagal memberi ancaman terhadap pertahanan Belgium. Dua percubaan tidak tepat.

Wahbi Khazri -7.5
Pemain paling efektif dalam pasukan Tunisia. Lima percubaan, 2 menepati sasaran, 1 menghasilkan gol. Sering mengancam dari gerakan set-pieces.

Anice Badri-7.0
Berjaya menghasilkan dua percubaan tepat.

(Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Pemain terbaik pilihan Semuanya BOLA ialah Eden Hazard.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN