Pemain Liverpool Diberi Khidmat Kesihatan Mental Tangani Kerisauan Hilang Kejuaraan

Kerjasama Semuanya BOLA

Sesiapa sahaja yang berkaitan dengan Liverpool, baik pemain, staff atau pun penyokong, pasti lega apabila mendengar bagaimana Premier League tetap berusaha menamatkan saingan musim 2019/20.

Disebabkan oleh penularan wabak coronavirus, saingan domestik di England telah ditangguhkan sehingga 30 April.

Keadaan itu dijangka berlarutan selepas Perdana Menteri UK, Boris Johnson mengenakan perintah berkurung kurang 24 jam yang lalu setelah jumlah kes terus meningkat dengan drastik di England.

Maka persoalanya adalah bilakah Liverpool boleh dinobatkan selaku juara Liga Perdana Inggeris?

Atau soalan yang lebih merisaukan ialah: Adakah kelab dari Merseyside itu akan menamatkan kemarau 30 tahun kejuaraan pada musim 2018/19?

Buat masa ini, Liverpool pasti akan menerima seadanya segala kemungkinan asalkan bergelar juara – termasuk beraksi di stadium tertutup tanpa penyokong setia mereka.

Ia adalh satu tamparan, namun sekurang-kurangnya pelan untuk menamatkan saingan pada musim ini turut mejadi keutamaan Premier League, di sebalik isu kesihatan yang mengancam dunia.

Walau[un demikian, sebagai sebuah kelab Liverpool tidak melihat perkara ini dengan sebelah mata.

Malah juara 18 kali Liga Inggeris itu turut bersedia untuk berhadapan dengan kemungkinan paling teruk, iaitu liga terpaksa dibatalkan, dan Liverpool tidak bergelar juara.

Menurut Daily Mail, kelab tersebut mengambil inisiatif untuk membantu pemain yang berhadapan ‘kebimbangan melampau’ atau anxiety terhadap potensi kehilangan kejuaraan selepas musim yang menakjubkan.

Untuk itu, pakar psikologi kelab, Lee Richardson telah melakukan satu pembentangan kepada pemain pada masa perintah berkurung ini untuk menangani masalah tersebut.

Dua perkara utama kandungan pembentangan Richardson adalah teknik bernafas dan juga penggunaan media sosial oleh pemain.

Tajuk pembentangan adalah “Kesihatan & Kesejahteraan Mental’, bersama sebuah lagi sub topik, “Penerimaan dan Kawalan.”

Antara kandungan perkongsian oleh Richardson ialah: “Apa sahaja keputusan oleh Premier League dan sejauh mana kesan virus ini di kemudian hari [kepada kejuaraan dan musim 2019/20] bukan berada di bawah kawalan kita.

“Apa yang boleh kita kawal adalah tingkah laku kita dan tindak balas kita terhadap keadaan mencabar dimana keutamaan ialah untuk menjaga keselamatan diri, dan meminimakan jangkitan.

“Apabila kita memberikan fokus kepada perkara yang tidak boleh dikawal seperti Premier League, keputusan kerajaan, kita akan membenarkan cabaran psikologi itu datang melebihi perspektif sepatutnya.

“Seperti apa kata pengurs [Jurgen Klopp], bola sepak bukan perkara paling penting. Ia haruslah kesiharan dan keselamatan semua kita yag menjadi lebih penting.”

Pemain turut dinasihatkan “bernafas dari perut” jika mengalami stress, dan menekankan penggunaan diafragma.

Richardson yang merupakan bekas pengurus Chesterfield dan bekas pemain Watford, Blackburn dan Oldham turut menasihatkan pemain melakukan latihan pernafasan setiap hari jika berlaku kerisauan.

Terdapat juga bahagian lain di dalam pembentangan Richardson mengenai bagaimana mengurus kawalan gerakan dan tinggal di rumah, dimana pemain diberi amaran mengenai kebosanan dan belajar menangani rutin harian.

Bagi kebanyakan pihak, perkara sebegini mungkin nampak kelakar. Tetapi Liverpool di era Jurgen Klopp sentiasa menumpukan perkara terkecil dengan penuh keperincian.

Malah keperincian sebeginilah yang menyebabkan The Reds tampil sebagai salah sebuah pasukan paling dominan di dunia pada hari ini.

Baca artikel lain mengenai Liverpool:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram