Trivia: Siapakah Pemain Yang Bermain Di Liga Bawahan, Tetapi Dipanggil Ke Piala Dunia?

Kebiasaannya, memang ada pemain yang beraksi di liga bawahan domestik akan dipanggil untuk bermain dalam pasukan kebangsaan. Tetapi, bagaimana jika mereka dipanggil menghadapi kejohanan seperti Piala Dunia?

Ia memang pelik malah jarang berlaku. Sudah pasti akan ramai orang akan mempersoalkan seperti ‘sudah tiada pemain lainkah?’.

Namun, panggilan ke Piala Dunia ia sukar ditolak. Beraksi di hadapan berbilion pasang mata merupakan satu prestij dan
kebanggaan.

Kami senaraikan beberapa pemain yang beraksi di kelab yang bukan divisyen teratas tetapi dapat beraksi dalam Piala Dunia. Kesemua pemain disenaraikan di bawah merupakan pemain bagi kejohanan 2014 di negara Samba, Brazil.

Matthew Leckie (Australia)

Mathew Leckie (Getty Images).

Pemain berumur 27 tahun ini dipilih ketua jurulatih Australia, Ange Postecoglou untuk Piala Dunia 2014. Matthew pada ketika itu
baru berumur 23 tahun.

Sewaktu aksi di Brazil, Matthew merupakan pemain FSV Frankfurt dalam saingan 2. Bundesliga. Beliau menjadi pemain kelab tersebut sejak 2012.

Pemain ini beraksi dalam kesemua ketiga-tiga perlawanan Australia dalam kempen Kumpulan B. Australia tewas semua perlawanan dan pulang awal.

Kariernya sekarang menjadi pemain sayap kelab Jerman, Hamburg. Beliau menyertai Hamburg pada awal musim 2017/18 lalu.

Jean Beausejour (Chile)

Pada ketika itu, beliau ialah pemain Wigan Athletic di EFL Championship. Sebelum ini, beliau merupakan pemain Birmingham City.

Beliau telah mempunyai dua medal sewaktu karier di England. Beliau memenangi EFL Cup pada 2011 semasa menjadi pemain Birmingham. Pada 2013, Jean menggondol pingat kejuaraan Piala FA bersama Wigan.

Jean Beausejour (15) semasa meraikan gol beliau untuk Chile dalam Piala Dunia 2014. (Photo by Stu Forster/Getty Images)

Jean bermain untuk Chile dua perlawanan dalam Piala Dunia 2014. Chile mara ke pusingan kedua tetapi tewas kepada Brazil. Tetapi, satu gol telah dijaringkan beliau untuk negaranya.

Kini, beliau menjadi pemain di sebuah kelab profesional di tanah airnya.

Roger Espinoza (Honduras)

Roger Espinoza, pemain Honduras. Sumber: SI.com

Wigan Athletic boleh berbangga dengan pemain ini juga selain Jean Beausejour. Sebelum bersama Wigan, Roger merupakan pemain di kelab Major League Soccer, Sporting Kansas City.

Beliau antara pemain yang kerap dipanggil Honduras untuk perlawanan antarabangsa.

Semasa Piala Dunia 2014, Roger bermain ketiga-tiga perlawanan untuk negaranya. Sayangnya, Honduras tewas semua perlawanan Kumpulan E.

Pada Disember 2014, beliau kembali ke Sporting Kansas City.

Reza Ghoochannejhad (Iran)

Reza Ghoochannejhad, pemain Iran yang pernah berkelana ke England. Sumber: Zimbio.

Penyerang ini dipilih untuk kempen Iran dalam pertandingan ini. Aksi Reza di Charlton menyebabkan Carlos Queiroz memilih beliau
untuk dimasukkan ke dalam skuad tersebut.

Charlton beraksi dalam saingan EFL Championship pada sebelum Piala Dunia 2014.

Reza menyumbangkan satu gol untuk Iran dalam pertandingan tersebut. Gol itu hadir ketika Iran tewas kepada Bosnia Herzegovina dengan skor 3-1.

Reza sekarang menjadi pemain di kelab Belanda, Heerenveen.

Riyad Mahrez (Algeria)

Riyad Mahrez (kanan) Sumber: Tottenham Hotspur.

Beliau tidak perlu diperkenalkan lagi kepada semua. Peranannya di Leicester penting sewaktu menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris pada 2016.

Tetapi, tahukah anda beliau pernah beraksi dalam kejohanan 4 tahun lalu? Riyad hanya bermain satu perlawanan untuk Algeria iaitu semasa menentang Belgium.

Riyad sebenarnya salah seorang anggota skuad Leicester yang memenangi EFL Championship pada musim 2013/14. Kemenangan itu memastikan The Foxes kembali ke liga tertinggi Inggeris itu sekaligus membuka jalan catatan bersejarah mereka.

Penutup

Sudah pasti barisan kejurulatihan pasukan telah menyenaraikan siapakah yang sesuai ke Piala Dunia berdasarkan prestasi semasa. Malah, pemilihan pemain ini ke kejohanan itu membuatkan kelab diwakili mereka rasa bangga.

Bukan itu sahaja, para penyokong kelab juga memberikan sokongan kepada pemain-pemain ini sewaktu kejohanan berlangsung.

Bagi mereka, beraksi di Piala Dunia ketika masih menjadi pemain kelab merupakan satu penghormatan besar.

Adakah anda tahu siapakah lagi pemain yang memasuki senarai eksklusif ini seperti di atas? Jika ada, kongsikan kepada kami.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN