Pemain Leeds United Potong Gaji

Kerjasama Semuanya BOLA

Para pemain kelab EFL Championship, Leeds United telah mengambil keputusan untuk memotong gaji mereka hingga satu waktu yang akan diketahui kemudian.

Menurut laman Sky Sports, seluruh pemain, barisan kejurulatihan serta pihak pengurusan atasan kelab tersebut memotong gaji dan ianya akan digunakan untuk menggaji pekerja Leeds United yang tidak berkaitan dengan bola sepak.

Selain itu, ianya juga digunakan untuk membayar sebahagian besar staf kasual pasukan.

“Leeds United mengesahkan pemain, barisan kejurulatihan, dan pihak pengurusan atasan secara sukarela untuk memotong gaji sehingga tarikh yang akan diberitahu.”

“Ianya bertujuan untuk memastikan staf bukan berkaitan dengan bola sepak di Elland Road dan juga pusat latihan Throp Arch boleh dibayar gajinya serta integriti perniagaan kelab boleh dikekalkan dalam waktu sukar ini.”

Pihak Leeds United juga memberikan gambaran wabak Covid-19 ini akan memberikan kesan yang cukup besar kepada ekonomi terutamanya kepada kelab mereka.

“Kekurangan perlawanan, pembatalan acara, impak kepada hasil serta penutupan pasaran kewangan bola sepak akan menghentam beberapa juta kepada kelab setiap bulan.”

Leeds United kini merupakan pendahulu bersama EFL Championship bersama-sama West Bromwich Albion dengan baki sembilan perlawanan liga.

Baca juga artikel kami mengenai Leeds United:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram