Pemain Kami Bukan Sampah, Pochettino Maki Wartawan Persoalkan Pemilihan Kesebelasan Utama

Pengurus Tottenham Hotspur kecewa dengan soalan wartawan yang mempertikaikan pemilihan pemain beliau dalam perlawanan menentang Inter Milan.

Bagi beliau ia satu penghinaan kepada pemain-pemain yang berada di atas padang. Kerana menurut beliau, pemain-pemain Spurs bermain baik walaupun tanpa Kieran Trippier dan Toby Alderweireld.

Pochettino tidak menjelaskan secara teperinci penyisihan 2 pemain itu daripada tugasan kali ini. Hanya menggunakan alasan sebab teknikal.

Dele Alli dan Hugo Lloris masih tidak cergas. Jadi Pochettino yakin pemain yang menggantikan pemain-pemain tersebut sudah beraksi sangat baik.

Inter Milan menewaskan Spurs 2-1 di San Siro pada masa kecederaan. Inter bangkit dalam 5 minit terakhir serta gol di masa kecederaan.

Inter Milan

Ini adalah kekalahan ke-3 berturut-turut Spurs selepas tewas di tangan Man. United, Watford dan juga Liverpool.

“Kenapa perlu memetik nama pemain yang tak bermain. Itu tak menghormati pemain yang tiada di dalam padang.”

“Kamu boleh salahkan saya, cakaplah saya telah memilih kesebelasan sampah.”

“Tetapi anda secara tak langsung telah menghina pemain yang bermain di dalam padang. Ini kerana semua ini berlaku kerana keputusan saya.”

“Ya kami ada Kieran Trippier dan Toby Alderweireld, tetapi kami juga ada 25 pemain dalam skuad ini.”

“Kadangkala kamu (wartawan) haruslah berhati-hati dalam soalan kamu.”

“Kamu semua tanya saya semua ini, seolah-olah saya cuma boleh menurunkan 11 pemain sahaja. Dan 13, 14 pemain lain adalah sampah, ‘sh*t. Saya tak tahulah.”

“Maaflah, sebab saya kecewa dengan perkar ini kerana saya menghormati anda semua dan juga para pemain.”

“Apabila pemain saya menentukan 11 pemain yang bermain, anda haruslah hormati keputusan itu kerana saya pengurus.”

“Anda tak boleh bersikap biadab. Anda sudah melampau tidak menghormati pemain yang bermain.”

Pochettino berkata mereka akan bangkit selepas kekalahan yang agak pedih diterima kerana mereka sudah beraksi sangat baik.

Beliau menganggap ini adalah permainan terbaik mereka musim ini setakat ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN