Pemain Serie B Dapat Kad Hijau Dari Pengadil Selepas Lakukan Tindakan Fair Play

Nampaknya, evolusi dalam bola sepak berlaku sedikit demi sedikit terutamanya melibatkan pengadilan.

Dari teknologi garisan gol ke pengenalan kepada alat penyembur ketika situasi bola mati. Banyak sudah pembaharuan untuk memastikan bola sepak diadili dengan seadil-adilnya.

Dan kini kad hijau pula diguna pakai dalam bola sepak.

Kad hijau pertama dilayangkan

Sejarah tercipta apabila ketika aksi Serie B di Itali di antara Vicenza dan Vitrus Entella, pengadil telah melayangkan kad hijau kepada seorang pemain Vicenza.

Hal ini terjadi selepas Vicenza melakukan serangan, seorang pemain Vicenza melakukan rembatan namun pada pandangan pengadil bola itu terbias ke kaki pertahanan Vitrus Entella.

Pengadil kemudiannya memberikan sepakan penjuru, namun pemain-pemain Vitrus Entella menyerbu pengadil menafikan keputusan tersebut.

Mereka mendakwa bola tidak terkena kepada pemain Vitrus Entella sebelum bola itu bergolek keluar dari kawasan permainan.

Dakwaan pemain-pemain Vitrus Entella itu kemudiannya diakui oleh pemain Vicenza iaitu Galano.

Galano mengakui yang tiada seorang pun pemain Vitrus Entella yang menyentuh bola sebelum bola itu keluar dari kawasan permainan.

Pengakuan Galano itu diterima oleh pengadil, lalu pengadil kemudiannya melayangkan kad hijau kepada Galano.

Pulih nama Serie B

Penggunaan kad hijau ini biasanya kita dengan dalam sukan hoki sahaja.

Namun, kad hijau sudah pun digunakan dalam bola sepak iaitu di liga Serie B Itali.

Tujuannya adalah kerana ingin menghakis reputasi buruk terhadap liga tersebut.

Serie B sering terpalit dengan reputasi sebagai liga yang penuh dengan skandal mengatur perlawanan pada awal musim 2016/17.

Oleh itu, kad hijau diperkenalkan dan akan diberikan kepada pemain yang melakukan fair play di dalam perlawanan.

Menurut presiden Serie B iaitu Andrea Abodi (gambar bawah), penganugerahan kad hijau adalah sebagai tanda simbolik untuk pemain menunjukkan contoh yang baik di atas padang.

abodi-1

“Ia merupakan simbolik. Ia mungkin satu tindakan yang kecil pada pandangan kasar. Tetapi misi utamanya adalah untuk menghargai pemain profesional yang menujukkan contoh yang baik apabila bermain.”

Menurut peraturan, pemain yang paling banyak mengutip kad hijau akan diberikan ganjaran anugerah pada akhir musim.

Pemain akan memperoleh kad hijau apabila mereka melakukan perkara seperti mengeluarkan bola ketika pemain lain sedang tercedera atau membantu pengadil jika pengadil melakukan keputusan salah.

Kad ini juga diberikan kepada pemain yang mengaku mereka melakukan simulasi di dalam kotak penalti untuk mendapatkan penalti.

Ia diperkenalkan pada awal musim ini di Serie B dengan perlawanan antara Spezia dan FC Bari.

Peraturan kad hijau di Serie B sedikit berbeza dengan cadangan Marco Van Basten mengenai kad hijau.

Jika di Serie B kad hijau diberikan kerana melakukan fair play, Van Basten mahu kad hijau diberikan kepada pemain yang melakukan kesalahan kecil yang tidak layak diberikan kad kuning oleh pengadil.

Mengikut cadangan Van Basten, jika pemain memperoleh 2 kad hijau maka pemain tersebut berada di luar padang untuk beberapa minit sebelum dipanggil masuk semula ke padang oleh pengadil.

Baca juga: Marco Van Basten Mahu Peraturan Ofsaid Dihapuskan, Perkenalkan Kad Hijau Dalam Bola Sepak

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN