Pemain Juventus Dan Maurizio Sarri Setuju Pemotongan 4 Bulan Gaji

Bagi memastikan kelab mampu bertahan sepanjang tempoh krisis pandemik wabak coronavirus (COVID-19) yang masih belum berpenghujung ini, Pemain Juventus dan ketua jurulatihnya, Maurizio Sarri telah mencapai persetujuan untuk membuat pemotongan gaji.

Sumber dari Reuters menyatakan Sarri dan semua pemain skuad utama telah bersetuju dengan jumlah pemotongan empat bulan gaji yang akan membantu kelab gergasi Itali itu menjimatkan kos pengurusan sebanyak €90 juta (RM435 juta).

Dengan pengurangan satu pertiga daripada gaji tahunan mereka, ia bermakna berlaku penurunan gaji setiap pemain termasuk bintang utama mereka, Cristiano Ronaldo yang merupakan pemain yang menerima gaji termahal di Itali.

Persetujuan itu dicapai apabila kebanyakan kelab lain di seluruh Eropah turut melakukan tindakan yang sama memandangkan kesan kepada penangguhan semua pertandingan ataupun perlawanan yang berlangsung tanpa penonton telah menjejaskan pendapatan kelab.

“Hasil dari persetjuan yang dicapai, ia akan memberi kesan kepada ekonomi dan kewangan pasukan dengan unjuran positif kira-kira €90 juta untuk musim 2019/20,” ujar Juventus dalam kenyataan rasmi kelab berkenaan.

“Penolakan gaji itu berkuatkuasa untuk pembayaran pada bulan Mac, April, Mei dan Jun 2020,” tambahnya lagi yang turut menjelaskan perjanjian bersama Sarri dan pemain yang dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Kelab tersebut berpangkalan di Turin yang merupakan wilayah yang paling teruk terjejas dengan krisis COVID-19 dalam tempoh beberapa minggu ini dengan tiga daripada keseluruhan pemain mereka telah disahkan positif iaitu Paulo Dybala, Daniele Rugani dan Blaise Matuidi.

Bola sepak di seluruh dunia kini telah digantung dengan pandemik di Itali telah menyebabkan lebih 10,000 kematian disebabkan virus tersebut yang merupakan kadar kematian tertinggi di dunia ketika ini.

Saingan Serie A telah pun dihentikan bermula 9 Mac yang lepas dengan Juventus kini sedang memburu kejuaraan kali kesembilan berturut-turut dan kini sedang menduduki takhta liga berkelebihan satu mata di hadapan Lazio. dengan berbaki 12 perlawanan.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Juventus:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply