Pemain Ghana Sengaja Jaring Gol Sendiri Untuk Rosakkan Plot Atur Perlawanan Didakwa Kerana Atur Perlawanan

Pemain pertahanan dari Ghana menjadi sensasi di internet selepas menjaringkan dua gol sendiri yang disengajakan kini berhadapan dakwaan kerana mengatur perlawanan.

Pada Julai lalu pemain Inter Allies dari Liga Perdana Ghana, Hashmim Musah menjadi bualan ramai selepas menjaringkan dua gol sendiri berturut-turut, dalam perlawanan menentang Ashanti Gold FC.

Musah diturunkan sebagai pemain gantian dan menjaringkan dua gol tersebut ketika perlawanan berbaki 12 minit, pada ketika pasukannya ketinggalan 5-0.

Tindakan sengaja

Anehnya alasan Musah berbuat demikian ialah untuk mengelakkan plot mengatur perlawanan dari berlaku dan supaya perlawanan itu tidak berkesudahan dengan jaringan 5-1.

Beberapa klip video turut tersebar sejak beberapa bulan lalu memaparkan jaringan aneh dari Musah dalam perlawanan tersebut.

“Selepas perlawanan tindakan saya dipuji oleh pegawai pasukan kerana telah merosakkan plot mengatur perlawanan,” kata Musah kepada stesen radio Kumasi FC.

“Saya telah berjanji kepada jurulatih, jika saya dimasukkan untuk bermain, saya akan merosakkan plot tersebut. Dan selepas tamat perlawanan pasukan saya mengucapkan tahniah.

“Saya mendengar sendiri perbualan di luar hotel penginapan pasukan bagaimana plot mengatur perlawanan untuk pasukan saya kalah 5-1.

“Saya bertekad merosakkan plot tersebut kerana saya mengutuk sekeras-kerasnya perjudian.”

Siasatan Ghana FA

Di sebalik dakwaan Musah itu, siasatan oleh Ghana FA mendapati perkara sebaliknya berlaku. Siasatan badan bola sepak Ghana itu mendapati Musah bersama 18 pemain lain dari kedua-dua pasukan sebenarnya memainkan peranan masing-masing dalam plot untuk menentukan keputusan perlawanan.

Menurut BBC, Musah kini berhadapan dengan hukuman gantung untuk tempoh yang lama dari terlibat dengan bola sepak kerana tindakan tersebut.

Enam pegawai dari kedua-dua pasukan turut berhadapan dakwaan, termasuk ketua jurulatih, presiden den seorang Ketua Eksekutif kelab.

Pasukan Inter Allies menyaksikan Musah dan seorang lagi pemain turut terlibat. Baki 15 lagi pemain dari Ashanti Goldakan dijangka akan berhadapan tindakan disiplin selepas semua kenyataan untuk mempertahankan diri diterima oleh Ghana FA.

Penafian Ashanti Gold

Presiden Ashanti Gold, Kwaki Frimpong menafikan terlibat dalam sebarang salah laku dari piha mereka, termasuk dari pemain pasukannya.

“Kami tidak melakukan sebarang perkara mungkar kerana ianya kebiasaan untuk kami menewaskan lawan 4-0, 5-0, atau 5-4,” ujar Frimpong.

“Kami membocori mereka lima kali dan pemain pertahanan [Musah] mereka menjaringkan dua gol sendiri. Saya berpendapat mereka sepatutnya menyalahkan pemain yang sengaja menjaringkan gol sendiri itu, kerana ia tidak sepatutnya berlaku.

“Jadi kenapa mereka mahu menyalahkan Ashanti Gold? Mereka sebenarnya dengki dan mahu merosakkan nama baik saya. Saya tidak pernah bercakap kepada mana-mana presiden atau kelab [untuk mengatur perlawanan]. Kami tidak melakukan sebarang kesalahan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN