Pemain EPL Bantah Liga Disambung Semula Tanpa Kehadiran Penyokong

Wabak Covid-19 telah menyebabkan bola sepak di seluruh dunia tergendala.

Namun begitu, ada satu liga yang cukup bersemangat untuk beraksi semula iaitu Premier League.

Menurut laman Empire of the Kop, bola sepak di England ditangguhkan sehingga 30 April dan kini Premier League dikatakan ditekan hebat oleh stesen televisyen untuk memastikan liga terus berjalan.

Oleh kerana tekanan itu, mereka merancang untuk menyambung semula liga dengan mengadakan perlawanan tanpa kehadiran penyokong di stadium.

Akan tetapi, para pemain Premier League membantah keputusan itu.

Mereka tidak mahu perlawanan dilangsungkan dengan penyokong mereka tidak dibenarkan untuk turut serta dalam perlawanan di dalam stadium.

Lebih penting, pemain juga tidak mahu terkena jangkitan wabak Covid-19 yang kemudiannya terkena kepada keluarga mereka apabila pulang ke rumah.

Selain itu, mereka juga mahu menurut arahan tegas pihak kerajaan untuk mengamalkan penjarakan sosial sementara wabak masih lagi mengganas di serata United Kingdom.

Keputusan untuk tidak bermain walaupun bukan sahaja tidak dipersetuju oleh pemain-pemain Premier League, malah mereka yang dari liga bawahan juga tidak bersetuju dengan hal ini.

Premier League tidak menetapkan tarikh tetap bilakah liga akan bersambung semula, tetapi mereka merancang untuk menyambung saingan pada minggu pertama bulan Mei.

Baca juga artikel kami mengenai Premier League:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram