Pemain Brazil Dedah Realiti Bola Sepak Wanita: Kami Hanya Dapat Sisa Makanan Pemain Lelaki

Bila bercakap mengenai bola sepak antarabangsa, anda pasti menganggap pasukan dari benua Amerika Selatan seperti Brazil dan Argentina adalah kuasa besar, bukan?

Sehingga kini terdapat 6 pasukan Amerika Selatan dalam kelompok 20 terbaik ranking dunia FIFA, dengan 9 kejuaraan Piala Dunia FIFA dikumpul.

Namun, itu bagi bola sepak lelaki.

Percaya atau tidak, benua yang menjadikan bola sepak sebagai budaya hidup mereka memandang ‘hina’ bola sepak wanita.

Bola sepak wanita di Amerika Selatan dihina?

Isu ini timbul kerana hanya satu sahaja pasukan kebangsaan wanita dari benua Amerika Selatan (Brazil) yang berada dalam kelompok 20 terbaik ranking FIFA.

Tambah memalukan, tiada satu pun gelaran Piala Dunia Wanita FIFA pernah menjadi milik mereka.

Kenapa ini terjadi? Apa yang menyebabkan layanan tidak sama rata yang terlalu ketara tidak adilnya antara bola sepak lelaki dan wanita di Amerika Selatan?

Pemain wanita diberi sisa makanan sahaja

Dania Cabello (gambar bawah) adalah bekas pemain pasukan bola sepak wanita Santos FC di Brazil pada 2006.

dania_futbolistas

Cabello merupakan lulusan Universiti California di Amerika Syarikat dan berpindah ke Brazil untuk menyambung pelajarannya.

Setibanya di Brazil, beliau sedar beliau mempunyai peluang untuk menyertai sebuah kelab besar yang pernah melahirkan pemain seperti Neymar, Robinho dan Pele iaitu Santos.

252279

Walaupun teruja dengan peluang tersebut, Cabello tetap berwaspada dengan situasi beliau yang bermain di negara Amerika Latin tersebut.

Hal ini kerana suasana bola sepak wanita di Amerika Syarikat cukup profesional walaupun anda hanya bermain di divisyen satu peringkat kolej.

“Bermain di Amerika Syarikat terasa cukup profesional walaupun anda bermain di divisyen satu peringkat kolej.”

“Namun selepas beberapa hari saya berada di Brazil, saya rasakan bola sepak wanita disini sangat ketinggalan.”

Hal ini sungguh jelas apabila Cabello mula mengenang kembali waktu-waktu sukarnya ketika di Santos.

Ketika pra-musim, pasukan lelaki diberi keutamaan berbanding pasukan wanita apabila sesi makan.

Pasukan lelaki termasuk pasukan akademi akan makan di kompleks dewan makan yang cukup besar.

Sementara bagi pasukan perempuan, mereka hanya akan tunggu di bilik untuk menerima sedulang makanan mereka.

“Saya tak nak rasa makanan yang diberikan itu adalah sisa makanan, tapi firasat saya sering berkata begitu.”

Kelengkapan latihan untuk pasukan wanita juga tidak ada. Mereka juga perlu meminjam alatan latihan daripada pasukan lelaki.

Lebih menyedihkan, pasukan wanita Santos perlu berlatih di tepi pantai di sekitar bandar.

Ketika kem pra-musim, pasukan wanita Santos pula hanya dibenarkan bermain perlawanan persahabatan menentang pasukan akademi lelaki, bukannya pasukan wanita.

Seluruh Amerika Selatan alami masalah sama

Masalah ini tidak terhenti di Brazil sahaja.

Di Argentina misalnya, pasukan futsal wanita bawah 20 tahun mereka tidak dapat menyertai kejohanan sulung Amerika Selatan di Paraguay kerana wang peruntukan mereka digunakan untuk persediaan pasukan futsal lelaki.

Di Ecuador pula, kejohanan nasional bola sepak wanita mereka yang sepatutnya dijadualkan pada Julai terpaksa ditangguhkan kerana kekurangan dana dari Kementerian Sukan Ecuador.

Manakala negara seperti Peru, Venezuela, Bolivia, Paraguay dan Uruguay, mereka langsung tidak mempunyai liga bola sepak profesional wanita.

Manakala bagi Colombia – pasukan yang mewakili Amerika Selatan di Sukan Olimpik Rio – tidak akan mempunyai liga profesional bagi bola sepak wanita sekurang-kurangnya sehingga tahun hadapan.

Rio Olympics Soccer Women

Ini menyebabkan banyak pasukan bola sepak wanita dari Amerika Selatan tidak mempunyai banyak ruang untuk merebut slot kelayakan ke Piala Dunia Wanita FIFA atau Sukan Olimpik.

Dikala pasukan lelaki mempunyai pusingan kelayakan Piala Dunia FIFA dan Copa America misalnya, pasukan wanita hanya mempunyai Copa America Wanita sahaja sebagai platform untuk mencari tempat di Piala Dunia Wanita FIFA dan Sukan Olimpik.

Faktor ekonomi dan agama

Faktor ekonomi dan agama juga menjadi faktor penyumbang kepada terdapat perbezaan ketara antara bola sepak lelaki dan wanita.

Bola sepak wanita tidak pernah mendapat sokongan sehebat bola sepak lelaki.

Hujah ini diluahkan oleh Brenda Elsey (gambar bawah) , penulis buku ‘Futbolera : Women, Gender and Sexuality in Latin American Sport’.

Brenda-Elsey-704x400

Jika dilihat pada abad ke 20, masyarakat Amerika Selatan bersatu kerana bola sepak dan seterusnya menjadi identiti nasional.

Oleh itu, semakin sukar untuk wanita menceburi bola sepak.

Selain dari itu, kaum lelaki menggunakan bola sepak sebagai peluang untuk melarikan diri dari menjadi buruh.

Disebabkan itu, kaum wanita terpaksa mengisi kekosongan yang ditinggalkan kaum lelaki dalam sektor buruh.

Ini membawa kepada pecabulan hak kaum wanita kerana mereka selalu tidak mempunyai waktu lapang untuk berehat dan bersukan seperti kaum lelaki.

Elsey juga mengaitkan dengan faktor agama sebagai punca kepada permasalahan ini.

Penganut agama Kristian bermazhab Roman Katholik perlu hadir ke gereja pada setiap hari Ahad.

Namun, sejak bola sepak dimainkan pada hari Ahad di negara seperti Argentina, Brazil dan Chile, gereja menghadapi persaingan dari segi kehadiran dengan perlawanan bola sepak.

Jadi kerana itu, kaum wanita perlu hadir ke gereja bagi menggantikan kaum lelaki untuk mendoakan suami dan keluarga mereka.

Hal ini amat menyukarkan mereka kerana kaum wanita mempunyai masa terhad untuk beriadah.

Dan ini seterusnya mendorong kepada masyarakat Amerika Selatan memandang enteng bola sepak wanita.

Baca juga: Cicinho Dedah Punca Kejatuhan Kariernya, Bidas Sikap Pemain Suka Selfie

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN