Pemain Barcelona Luang Masa, Main Bola Dengan Skuad Cacat Penglihatan Sepanyol

Baru-baru ini, terdapat sebuah rakaman yang menunjukkan pasukan Barcelona meluangkan masa bersama-sama skuad bola sepak cacat penglihatan Sepanyol.

Mereka merupakan skuad bola sepak Paralimpik bagi negara Sepanyol.

Barcelona yang diwakili beberapa pemain seperti Lionel Messi dan Sergio Busquets merasai pengalaman bermain bola sepak seperti mana yang dilalui oleh pemain bola sepak cacat penglihatan.

Messi cuba untuk menahan bola dengan mata yang ditutup, dan mereka juga bermain sepakan penalti.

Apa yang menarik mengenai sepakan penalti itu adalah sebelum sepakan dilakukan, kedua-dua belah tiang akan diketuk terlebih dahulu seperti di dalam video.

https://www.facebook.com/SquawkaFootballNews/videos/1200658283373647/

Selain itu, bola yang digunakan adalah bola yang mempunyai loceng di dalamnya.

Ia bertujuan untuk menghasilkan bunyi bagi membantu pemain untuk mengetahui kedudukan bola ketika bermain.

Ia digunakan untuk membantu si penyepak mengetahui dimanakah kedudukan gol tersebut.

Kedua-dua skuad bermain dengan mengadakan sesi sepakan penalti diantara kedua-dua pasukan.

Gol dari skuad Paralimpik Sepanyol memang terbaik!

p/s: Comel saja lihat Messi cuba tahan bola sambil matanya ditutup.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram