Peluang Terhad Di KL City, Adakah Perak FC Destinasi Safee Sali Selepas Ini?

Safee Sali KL City Perak FC 2021

Bekas penyerang sensasi skuad kebangsaan, Safee Sali dilihat menunjukkan minat untuk menyertai Perak FC di masa akan datang, jika ia boleh menjadi kenyataan.

Ini kerana, Perak merupakan negeri beliau membesar dan memang menjadi impiannya sejak dahulu untuk menabur bakti bersama Perak. Musim ini beliau menyertai revolusi KL City FC, tempat beliau memulakan karier bola sepaknya di usia remaja.

Adakah ini bermakna beliau sedang memberikan signal kepada Perak untuk datang mendapatkannya? Jelas, beliau ada minat untuk ke Perak dan apabila kontraknya bersama City Boys berakhir pada penghujung musim ini, ia boleh direalisasikan.

Walaupun dihimpit masalah pembayaran gaji, Perak masih mampu mempertahankan beberapa tonggak utama mereka antaranya penjaga gawang, Hafizul Hakim yang menerima beberapa tawaran lain dan dua pemain import, Careca dan Leandro.

Careca dan Leandro antara pemain yang memaklumkan mahu meninggalkan pasukan ketika krisis pembayaran gaji sehingga menyebabkan para pemain mengadakan mogok di luar Stadium Perak dan tidak berlatih pada bulan Mei yang lalu.

Namun, kata sepakat gagal dicapai dan mereka akan kekal untuk meneruskan baki saingan Liga Super musim ini yang bakal kembali pada penghujung bulan ini.

Ia seterusnya membawa kepada penghijrahan pemain-pemain utama mereka iaitu Nazirul Naim (Sabah FC), Shahrul Saad, Guilherme de Paula (JDT), Kenny Pallraj, J. Parthiban (KL City FC) serta Shakir Hamzah yang kembali ke Singapura.

Di jentera serangan ketika ini, Perak memiliki hanya seorang pemain import iaitu Nana Poku, sementara Ghislain Guessan yang baru menyertai Perak telah dicadangkan untuk bersama skuad Perak II. Namun, masih belum jelas perancangan tersebut.

Mungkin, jika pemain berpengaruh seperti Safee Sali beraksi di sana, beliau boleh kembali meraih minit permainan yang diburunya. Bersama KL City, beliau pernah meluahkan kekecewaan dek kerana masih belum diberi peluang mancukupi.

Bercakap kepada Nadi Arena sebelum ini, Safee Sali dipetik berkata peluang pemain tempatan amat terhad walaupun situasi boleh memihak kepada mereka sebagaimana yang dilaluinya iaitu kecederaan penyerang utama, Dominique da Sylva.

Cerita ke Perak ini timbul selepas sesi soal jawab bersama peminatnya di laman Instagram Safee Sali. Beliau membuka peluang buat mereka melontarkan soalan dan antara soalannya adalah, ‘apa lagi impian dalam bola sepak yang belum dicapai.’

Safee Sali dilihat meletakkan logo Perak FC dan berkata, “Bermain dengan pasukan tempat saya banyak membesar. Saya lahir di Selangor dan membesar di Perak.”

Sebagai penyerang sensasi negara satu masa dahulu, Safee Sali tentunya menjadi rebutan Perak, jika kenyataan itu dibuatnya beberapa tahun lalu, terutamanya selepas beliau meninggalkan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum bermula musim 2017.

Baca lagi artikel lain mengenai Safee Sali:

Penyelesaian Kepada Safee Sali, Kenapa Tidak Kembali Ke PJ City?

Safee Sali: Zlatan Ibrahimovic Pun Masih Bermain Dan Mampu Jaringkan Gol

Safee Sali: Kita Terpedaya Dengan Projek Naturalisasi

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply