Peluang Terbaik Untuk Pemain Malaysia B23 Pikat Tan Cheng Hoe

Laporan akhbar tempatan Berita Harian melaporkan ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe akan ke China hari ini bagi menyaksikan perlawanan yang melibatkan skuad Malaysia B-23 di Kejohanan AFC B-23.

Menurut Cheng Hoe, beliau ke sana adalah untuk memantau dan menilai barisan pemain skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee untuk diserapkan dalam skuad Harimau Malaya.

“Mungkin saya akan berada di sana (China) sehingga tamat saingan kumpulan dan menyaksikan tiga perlawanan membabitkan pasukan negara.

“Sepanjang aksi itu saya boleh melihat sendiri persembahan barisan pemain muda kita kerana dalam skuad itu juga ada beberapa pemain pernah dipanggil menyertai skuad senior sebelum ini.

“Malah, kebanyakan pemain dalam skuad itu mempunyai kualiti walaupun masih muda. Jadi, jika mereka bermain bagus, sudah pasti saya akan memberi peluang untuk mereka sertai skuad senior pula,” katanya kepada Berita Harian.

Skuad bawah 23 tahun negara diundi dalam kumpulan C dan akan berdepan Iraq pada hari Rabu ini sebelum menentang Jordan pada hari sabtu dan Arab Saudi pada 16 januari 2018.

Kejohanan itu merupakan peluang terbaik untuk Tan Cheng Hoe melihat sendiri kemampuan pemain muda negara beraksi menentang pasukan gergasi Asia.

Jadual perlawanan AFC B23 yang melibatkan pasukan Malaysia.

Tan Cheng Hoe yang dilantik sebagai Ketua jurulatih baharu Harimau Malaya awal bulan lalu selepas Nelo Vingada mengumumkan perletakan jawatan.

Beliau mempunyai beberapa perancangan untuk skuad Harimau Malaya tetapi masih belum ada pengesahan rasmi.

“Beberapa perancangan untuk skuad kebangsaan sudah ada, cuma ia masih belum dimuktamadkan,” katanya.

Skuad Harimau malaya bakal mengharungi kejohanan Piala AFF Suzuki hujung tahun ini.

Beberapa pemain muda negara termasuk Adam Nor Azlin, Nor Azam Azih, Syamer Kutty Abba dan Safawi Rasid adalah antara pemain yang dipanggil menyertai skuad Harimau Malaya mengharungi aksi kelayakan Piala Asia 2019 bulan lepas.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN