Pellegrini: “Manchester City Bermain Kasar Untuk Hentikan Kami, Itu Tidak Betul”

Manuel Pellegrini menuduh Manchester City bermain taktik kasar ketika berhadapan West Ham United, di mana skuad kendalian Pep Guardiola menang 5-0.

Menurut Pellegrini: “Setiap kali kami tiba di dalam kotak pertahanan mereka, dengan serta merta mereka akan mengasari pemain kami. Itu bukan salah kami sama sekali.”

“Jika kamu semua menonton kembali perlawanan itu, kerana taktik kasar merekalah kami gagal mencipta lebih banyak peluang pada separuh masa pertama.”

“Kesemua transisi bertahan kepada serangan kami dimatikan dengan faul. Anda boleh rujuk statistik. Mereka ada 13 kekasaran dan kami hanya ada 5.”

“Namun itu bukan sebab utama kami kalah pada hari ini.”

Saya tidak suka dengan cara Guardiola berhadapan dengan pasukan kami. Beliau menggunakan corak dengan faul taktikal untuk menghentikan kami. Itu bukan cara yang betul untuk bermain bola sepak.

Pellegrini menganggap West Ham pasumkan lebih baik dan Man. City bernasib baik dengan gol pertama mereka.

Pep Guardiola gembira dengan kemenangan pasukannya, tetapi masih menggariskan beberapa aspek untuk diperbaiki.

Guardiola berkata: “Aksi kami tidak sempurna. Pada separuh masa pertama, kami cemerkap dalam hantaran, banyak hantaran tak tepat.”

“Namun itu perkara biasa, bermain perlawanan pertama di tempat lawan, dengan sepak mula 12.30 tengah hari, kami gagal mendapatkan rentak.”

“Kami perlu lebih baik selepas ini. Dalam perlawanan seperti ini, ianya normal, apabila pasukan gagal lebih tajam. Namun saya tak nafikan saya sangat gembira kami menang seperti ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN