Kerana Pelan Menarik Ole Gunnar Solskjaer, Aaron Wan-Bissaka Setuju Ke Man. United

Pemain baharu Manchester United, Aaron Wan-Bissaka mendedahkan yang pelan menarik yang dirangka oleh pengurus Ole Gunnar Solskjaer membuatkan beliau tertarik untuk ke Manchester United.

Pembelian kedua Solskjaer pada musim baharu dari Crystal Palace itu berkata pelan untuk membina pasukan berasaskan pemain muda membuatkan beliau mahu ke Old Trafford.

Menurut laporan Daily Mail, Wan-Bissaka berkata ia adalah satu impian untuk bersama kelab seperti Manchester United.

“Sebagai kanak-kanak, ia adalah satu impian untuk setiap daripada kami untuk bermain dengan kelab seperti ini.”

“Saya sangat bersyukur dan rasa terhormat untuk mewakili kelab ini.”

Wan-Bissaka begitu teruja untuk menjadi sebahagian daripada pelan rancangan Solskjaer dalam usaha menaikka kembali reputasi Manchester United.

“Ia merupakan keputusan pengurus untuk membina semula pasukan dan membawanya ke tempat sepatutnya mereka berada.”

“Saya ingin menjadi sebahagian daripadanya.”

Kehadiran Wan-Bissaka dijangka akan memberikan penambahbaikan kepada pertahanan Manchester United terutamanya di bahagian kanan.

Mereka sebelum ini telah berjaya mendapatkan Daniel James dari Swansea City untuk menjadi pemain di bahagian sayap mereka.

Kerja baik pulih masih banyak perlu dilakukan oleh Solskjaer kerana terdapat beberapa pemain yang perlu dibawa masuk untuk membolehkan Manchester United terus bersaing dalam pelbagai pertandingan.

Musim lalu, Manchester United menamatkan saingan di tempat keenam dalam saingan Premier League sambil tewas di aksi suku akhir UEFA Champions League di tangan Barcelona.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN