Pelakon Utama Filem FIFA, United Passions Mengaku Benci Melakonkan Watak Sepp Blatter

Saya perlu mengaku. Melihat nama Tim Roth dalam senarai nama pelakon filem propaganda FIFA, United Passions, yang diterbitkan pada tahun lepas membuatkan hati saya berkecamuk.

Saya membesar dengan mengagumi lakonannya sebagai Mr. Orange dalam Reservoir Dogs dan Pumpkin dalam Pulp Fiction.

Saya masih ingat betapa intense-nya babak ketika Jules (lakonan Samuel L. Jackson) ‘berceramah agama’ kepada Pumpkin (lakonan Tim Roth) dalam 20 minit terakhir filem Pulp Fiction.

pulp-fiction-jules-and-ringo1

Filem United Passions yang menerima pelaburan USD27 juta daripada FIFA menceritakan tentang asal-usul penubuhan FIFA dan kejohanan Piala Dunia. Filem tersebut hanya menerima rating 2/10 daripada IMDb dan hanya 1% daripada Metacritic.

Pengkritik filem menyamakan United Passions sebagai filem propaganda untuk memberi imej palsu, kononnya FIFA adalah organisasi yang berimej suci dalam sukan bola sepak.

Di panggung wayang seluruh Amerika Syarikat, filem itu hanya mengutip USD918. Ini menjadikan United Passions sebagai filem yang paling teruk jumlah kutipan tiketnya dalam sejarah Hollywood.

Dalam filem tersebut, Tim Roth melakonkan watak Sepp Blatter, presiden FIFA sejak 1998. Sepp Blatter kini sedang disiasat oleh jemaah disiplin FIFA atas 5 tuduhan rasuah.

united-passions-trailer

Ketika ditanya oleh ahli forum Reddit tentang penglibatannya dalam filem United Passions, Tim Roth mengaku benci filem tersebut tetapi terpaksa melakukannya kerana memerlukan duit.

“Filem itu teruk (sepatutnya saya tak boleh cakap macam itu kerana saya belum tengok lagi filem itu). Saya benci berlakon dalam filem itu.”

“Ia adalah filem yang salah untuk saya lakonkan, tapi saya mempunyai tujuan yang betul.”

“2 anak saya sedang belajar di universiti. Jadi saya memerlukan duit. Mungkin ia keputusan yang salah. Tapi saya dah buat keputusan awal-awal dan saya perlu tepati janji saya.”

“Anda tak mahu lakukannya, tapi saya gembira dapat melakukannya demi keluarga saya.”

Tim Roth kemudiannya mengulas kes rasuah Sepp Blatter, watak yang dilakonkannya dalam filem tersebut.

“Saya ingatkan filem ini adalah berkenaan dengan isu rasuah yang dihadapi oleh beliau (Blatter).”

Film FIFA Movie

“Saya tak tahu jika dia akan ditangkap atau tak, tapi beliau nampak macam sukar dihukum. Ini kerana beliau mempunyai syarikat-syarikat besar di belakangnya.”

“Tapi sejak kebelakangan ini, beliau nampak macam akan dihukum sebab dah banyak bukti dapat dikumpul oleh pihak berkuasa.”

Respons Tim Roth kepada soalan ini mendapat pujian daripada ahli-ahli Reddit yang tidak mengelak soalan sukar dan memberi jawapan jujur.

tim roth ama

Baca juga: 11 Filem Bola Sepak Terbaik, #2 Adalah Filem Bola Sepak Terbaik Pernah Dihasilkan

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN