PDRM FA Hanya Mahu Fokus Dari Perlawanan Ke Perlawanan (Prebiu Liga Super 2015)

PDRM FA dinaikkan ke Liga Super selepas mengharungi musim yang cemerlang di Liga Perdana. Menjuarai Liga Perdana dengan 52 mata hasil daripada 16 kemenangan, 4 seri dan 2 kekalahan mengatasi pasukan di tangga kedua iaitu Felda United dengan 2 mata.

Bagi saingan Piala Malaysia musim 2014, PDRM dikecewakan oleh gol pada masa kecederaan Fauzi Roslan (Pahang) yang menyaksikan mereka tersingkir di peringkat suku akhir.

Untuk mengharungi musim baru ini, jurulatih PDRM, Azman Adnan enggan beri tekanan kepada para pemainnya kerana ini merupakan musim pertama mereka di Liga Super. Beliau lebih berminat fokus dari perlawanan ke perlawanan yang bakal diharungi PDRM FA.

 

Pemain Baru

Penyerang import dari Mali yang berketinggian 1.92 meter, Dramane Traore mempunyai 29 cap antarabangsa dan sudah menjaringkan sebanyak 6 gol untuk pasukan kebangsaan Mali. Beliau merupakan sebahagian daripada pasukan Olimpik Mali tahun 2004 yang terkandas di pusingan suku akhir selepas tewas kepada Itali. Beliau juga menjaringkan gol pada minit-minit terakhir perlawanan menentang Togo dalam perlawanan kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2008.

Pemain yang berskil tinggi, bijak menghidu peluang dan mempunyai susuk tubuh yang mantap ini bakal memberi igauan ngeri pada pertahanan lawan. Semasa artikel ini ditulis, Traore sudah menjaringkan 4 gol dari 3 perlawanan persahabatan PDRM FA menentang Hougang, Zobahan FC (Iran) dan AirAsia AllStars FC. Lihat video di bawah ini untuk anda mendapatkan gambaran awal mengenai pemain import terbaru PDRM FA:

Kekuatan

Barisan serangan berbisa dimiliki PDRM FA dilihat merupakan senjata utama mereka pada musim ini. Dramane Traore dijangka akan bertindak sebagai target man  manakala Ali Ashfaq yang memiliki kepantasan dan skil menggelecek tinggi berperanan untuk mengkucar-kacirkan lawan. Harus diingat yang bahagian serangan ini bakal dibantu oleh Mohamadou Sumareh, Nurul Azwan Roya dan Faizal Abu Bakar yang bukan sahaja mampu melorongkan umpanan cantik pada bahagian serangan malah mereka juga boleh menjaringkan gol.

Nurul Azwan Roya dan Faizal Abu Bakar kami jangka akan mula menyerlah seperti suatu ketika dahulu jika selalu diturunkan.

Barisan pertahanan PDRM FA dibarisi oleh 2 pemain kebangsaan iaitu Muslim Ahmad dan juga Afif Amiruddin.Ditambah pula dengan kemasukan pemain import Onorionde Kughegbe yang sudah lama berkelana di liga Indonesia bakal mengukuhkan lagi benteng pertahanan PDRM.

Kelemahan

Agak sukar sebenarnya untuk kami kenalpasti kelemahan pasukan PDRM FA ini akibat kekurangan sumber rujukan.
Pembentukan persefahaman pemain-pemain baru dan lama serta kurangnya pengalaman bermain di Liga Super mungkin merupakan antara faktor kelemahan PDRM FA.

Perlawanan persahabatan yang dijalankan sebelum ini dan POMIS CUP yang sedang berlangsung di Maldives bakal dijadikan medan untuk pengendali PDRM menguji pemain-pemain serta keserasian antara pemain.

 Ayam Tambatan

Ali Ashfaq berada dikedudukan kedua senarai penjaring terbanyak Liga Perdana musim lepas dengan jaringan sebanyak 18 gol, 1 gol sahaja memisahkan beliau dengan pemenang kasut emas (Edward Junior Wilson). Kapten pasukan kebangsaan Maldives yang diberi jolokan sebagai Dhagandhey (Man of Steel) ini terkenal dengan dribbling skill yang tinggi dan kepantasan beliau yang mampu menewaskan mana-mana pertahanan lawan.

Tahukah anda?

Ali Ashfaq tersenarai sebagai antara World Best Top Goal Scorer 2013 menurut International Federation of Football History & Statistics. Beliau berada di kedudukan kedua dibelakang Cristiano Ronaldo. Zlatan Ibrahimovic, Lionel Messi, Mohamed Salah, Thomas Muller dan Fernando Torres pun kalah dengan Ali Ashfaq.

1-21-2015 9-50-19 PM

 ali ashfaq 2013

Kesimpulan

Dengan kemasukan pemain import baru yang berpengalaman dan kemasukan beberapa pemain yang pernah beraksi untuk pasukan kebangsaan serta barisan kejurulatihan yang mantap, PDRM FA dijangka akan memberikan saingan sengit di Liga Super. Oh ya, mereka juga diwar-warkan antara 5 pasukan Liga Super yang mempunyai dana besar.

Kredit gambar : PDRM FA (Facebook) & International Federation of Football History & Statistics.

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.
Follow Twitter kami di @semuanyabola.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN