PBNS Jelaskan Kenapa Tok Mat Masih Kekal Presiden

Peminat bola sepak tanah air pastinya menantikan apakah Datuk Seri Mohamad Hasan juga akan digantikan dengan Presiden yang baru. Ini selepas Negeri Sembilan memecat 2 jurulatih terdahulu dan melantik jurulatih ke-3 musim ini.

Terbaru Azraai Khor ditamatkan kontrak oleh PBNS dan melantik Mario Lemos dalam usaha menyelamatkan pasukan tersebut daripada tersingkir.

Perubahan kuasa politik di Negeri Sembilan telah membuatkan ramai menjangkakan Datuk Mohamad Hasan ataupun nama mesra beliau Tok Mat akan meninggalkan jawatan tersebut.

Ini kerana banyak negeri dan persatuan bola sepak (FA) yang menggunakan lantikan automatik kepada Ketua Menteri untuk memegang jawatan Presiden persatuan bola sepak mereka.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Haslah menjelaskan bahawa pihak PBNS sudah menukar dasar itu sebelum ini.

Jadi tiada lagi lantikan automatik kepada Ketua Menteri untuk menggalas tugas presiden PBNS. Ini bermakna Tok Mat masih kekal sebagai Presiden PBNS walaupun kerajaan Negeri sudah bertukar tangan.

Namun jawatan itu boleh ditandingi oleh mana-mana pihak yang mahu mencabar kedudukan Tok Mat dalam pemilihan PBNS yang akan datang.

Mohamad Haslah berharap pihak media yang membuat laporan tidak tepat dapat membetulkan fakta. Beliau juga berharap agar peminat Negeri Sembilan tidak terkeliru lagi dengan status presiden PBNS.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram