Payet Akhirnya ‘Pulang Ke Rumah’ Selepas West Ham Tunduk Dengan Kemahuannya

Akhirnya kita pulang ke rumah! Itulah tweet Dmitri Payet semalam yang gembira dengan temeterainya perjanjian perpindahan kembali ke kelab Olympic Marseille.

Sebelum ini beliau menolak untuk bermain bersama skuad utama West Ham. Slaven Bilic mengarahkan Payet berlatih dan bermain untuk skuad simpana West Ham.

Namun perkara itu semakin panas apabila Payet enggan lagi datang ke latihan dan bermain untuk skuad B-23 tahun beberapa hari lalu.

Kisah indah West Ham-Payet

Dmitri Payet menjadi pemain penting West Ham musim lalu selepas menyertai kelab tersebut dari Marseille pada 2015 dengan nilai £10.7.

Ianya selepas hanya West Ham sahaja yang sanggup membayar sebanyak itu untuk pemain yang hampir menjadi ejen bebas (free agent).

Ini kerana Marseille enggan melanjutkan kontrak beliau. Kelab lain pula hanya menunggu beliau menjadi free agent.

Payet yang masih dalam proses untuk pulih dari kecederaan telah menjadi bakat supert star di West Ham. Dia menjaringkan 12 gol untuk West Ham musim lalu dan dicalonkan sebagai pemain terbaik tahunan PFA England.

Beliau menjadi penggempur yang sangat digeruni. Beliau kemudiannya menjadi pemain utama skuad Perancis dalam Piala Eropah 2016 dan membantu negara tersebut mara ke final.

Ikrar kekal

Pada awal musim ini, beliau menyatakan beliau mahu menabur bakti di West Ham sebab terhutang budi. Ianya selepas Payet dikaitkan dengan banyak kelab besar termasuk Real Madrid.

Payet mahu membantu West Ham dalam kempen Europa musim ini. Namun hasrat mereka tidak kesampaian apabila tewas di pusingan kelayakan.

Buat u-turn

West Ham berada dalam prestasi hambar pada awal musim ini. Ia menjadi lebih parah apabila pemain ini mendesak kelab untuk menjual beliau.

Mujurlah aksi cemerlang pemain seperti Andy Carroll banyak membantu mereka. Kini mereka berada di tangga ke-10.

Marseille kemudian datang dengan tawaran mereka. Marseille kini di bawah pemilik baru dan membekalkan dana yang besar untuk persedian musim hadapan. Mereka juga melantik Monchi sebagai ketua scouting.

Penyokong West Ham sangat marah dengan Payet. Di luar stadium pihak pengurusan kelab terpaksa mengupah pegawai keselamatan tambahan khas untuk menjaga mural yang ada gambar Payet.

Terpampang di situ “He’s better than Zidane?” Ok.

Sah ke Marseille

Sebelum jendela perpindahan ditutup, West Ham akhirnya menerima bidaan £25 juta untuk Payet.

West Ham kemudiannya terus mendapatkan bintang Hull City, Robert Snodgrass sebagai pengganti Payet.

Pengarah Sukan Marseille, Andoni Zubizarreta menyatakan beliau sedang menanti kedatangan Payet untuk pemeriksaan perubatan sebaik sahaja tiba di sana.

Baca juga: Pemain West Ham Buang Dimitri Payet Dari WhatsApp Group

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN