Paulo Dybala Intai Peluang Menyertai PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Penyerang kebangsaan Argentina sebelum ini dikaitan dengan Manchester United. Namun kelab Inggeris itu pula dilaporkan sudah menamatkan minat ke atas Dybala selepas pemain itu terlalu banyak tarik tali dalam rundingan.

Dybala juga masih mempertimbangkan untuk terus kekal di Juventus, dan dilaporkan meminta gaji yang sangat tinggi jika Man. United mahu mendapatkan beliau.

Selepas itu, pihak Dybala mendapat tahu bahawa PSG berminat untuk membawa masuk pemain itu. Pengarah Sukan PSG yang kembali dilantik semula, Leonardo memiliki hubungan yang sangat baik dengan ejen Dybala.

Corriere Dello Sport melaporkan, Dybala bertarik tali dengan rundingan menyertai Man. United sebelum ini kerana menantikan bidaan daripada PSG.

Man. United menawarkan Romelu Lukaku untuk ditukar dengan Dybala. Namun Lukaku masih meletakkan Inter Milan sebagai keutamaan beliau.

Situasi di PSG menyaksikan Neymar mahu pulang semula ke Barcelona. Jika pemain itu pergi, PSG mendapati Dybala sebagai pengganti yang baik untuk Neymar.

Walaubagaimanapun, pembelian Dybala ini sangat bergantung kepada Neymar. Sebelum ini PSG meminta Barcelona mempercepatkan proses mendapatkan Neymar, jika mereka betul-betul mahukan pemain itu.

Ini bagi membolehkan PSG memiliki masa yang cukup untuk mendapatkan pengganti.