Paul Robinson Umum Gantung Sarung Tangan

Bekas penjaga gawang utama Three Lions, Paul Robinson telah mengumumkan untuk bersara dari kancah bola sepak. Beliau pernah beraksi bersama Leeds United dan Tottenham Hotspur.

Selain itu, beliau beraksi juga bersama Blackburn Rovers sebelum menyertai seteru pahit Rovers, Burnley.

Detik manis

Paul Robinson menjadi sebutan ketika skuad Leeds menjadi sebuah pasukan yang digeruni pada awal 2000-an. Mereka menjadi pasukan yang mara ke saingan UEFA Champions League pada musim 2000-01.

Nama Paul Robinson juga menjadi sebutan kerana pernah menjaringkan dua gol yang menarik dalam karier beliau. Satu gol dihasilkan melalui tandukan ketika Leeds menentang Swindon dalam League Cup 2003-04.

Gol itu membantu menyelamatkan Leeds United pada ketika itu. Beliau juga memainkan peranan penting ketika penentuan sepakan penalti dalam perlawanan tersebut. Leeds mara ke pusingan seterusnya setelah Robinson berjaya menyelamatkan 2 sepakan penalti.

Gol kedua

Gol kedua Paul dijaringkan dalam saingan Premier League ketika beliau mewakili Tottenham Hostpur. Pada perlawanan itu menyaksikan beliau menyepak bola yang melambung ke udara.

Penjaga gol lawan, Ben Foster gagal menyelamatkan bola itu. Gol itu akan dikenang sebagai salah satu gol yang bersejarah dalam Spurs.

Paul pernah merangkul kejuaraan League Cup bersama kelab London itu.

Bersama Three Lions

Sumber: EBay

Dek kehebatan menjaga gol, beliau diberi tugasan menjaga gawang pasukan England. Beliau menggalas tugasan bersama skuad itu ketika Piala Dunia 2006.

Beliau juga pasti akan dikenang sebagai salah seorang ahli skuad England ketika itu. Mereka tewas kepada Portugal dalam saingan suku akhir.

Selamat bersara, Paul!

Sumber:
1. BBC (2003): Robinson inspires Leeds; http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/football/3125082.stm

2. 11v11.com (2000): Leeds United vs Barcelona; https://www.11v11.com/matches/leeds-united-v-barcelona-24-october-2000-2346/

3. Talksport (2017): Former England goalkeeper Paul Robinson announces retirement from professional football after Burnley departure; http://talksport.com/football/former-england-goalkeeper-paul-robinson-announces-retirement-professional-football-after#oEhpGvSgBx8oQxE8.99

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN