Paul Pogba Hanya Akan Ke Sepanyol Jika Mahu Tinggalkan Manchester United

Paul Pogba akan berhijrah untuk menyertai Real Madrid atau Barcelona, jika pemain itu memilih untuk keluar dari Old Trafford.

Demikianlah perkhabaran mengenai bintang Perancis itu yang didedahkan sendiri oleh abang Pogba sendiri, iaitu Florentin.

Perubahan Pogba

Sebelum ini Pogba seperti hampir pasti akan meninggalkan Manchester United, selepas umum mengetahui pemain itu tidak gembira dengan bekas pengurus pasukan, Jose Mourinho.

Namun sejak ketibaan Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus interim selepas Mourinho dipecat, aksi Pogba seperti diperbaharui -dengan lima gol dan empat bantuan gol dihasilkan dari tujuh perlawanan pemain itu diturunkan beraksi setakat ini.

Ia adalah perubahan yang besar kepada Pogba yang pernah dilabel oleh Mourinho sebagai virus di dalam pasukan sebelum ini.

MANCHESTER, ENGLAND – DECEMBER 30: Ole Gunnar Solskjaer of Manchester United with Paul Pogba after their sides 4-1 win during the Premier League match between Manchester United and AFC Bournemouth at Old Trafford on December 30, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Robin Jones – AFC Bournemouth/AFC Bournemouth via Getty Images)
Sepanyol sebagai pilihan pasti

Abang kepada Pogba (Paul), Florentin yang akan menyertai Elche di divisyen kedua liga Sepanyol bagaimanapun berkata adiknya itu berkemungkinan akan menyertai beliau di negara tersebut pada masa akan datang.

Bercakap kepada media Sepanyol, AS dalam satu temuramah, Florentin dipetik sebagai berkata: “Kuncinya ialah selepas Mourinho pergi. Sebelum itu beliau [Paul] tidak gembira, dan ia sangat jelas.

“Kini di bawah kendalian Solskjaer, segalanya nampak lebih baik. Paul mengenali beliau sejak beliau beraksi bersama skuad remaja di Manchester United.

“Jika Paul mahu meninggalkan Manchester United, hanya akan tiga kelab yang boleh menjadikan beliau sebagai pemain yang lebih baik. Manchester City, Real Madrid atau Barca. Paul tidak akan pergi ke City, bermakna beliau akan ke Sepanyol. Ini menjadikan Barcelona atau Real Madrid sebagai pilihan.

Florentin turut mendedahkan Paul Pogba boleh memilih untuk ke Barcelona ketika pemain itu bersama Juventus, namun beliau tekad untuk kembali ke Manchester United selepas cubaan kali pertama bersama kelab tersebut tidak menjadi.

Real Madrid di bawah kendalian Zinedine Zidane dilaporkan turut mengikuti rapat status pemain tersebut ketika di Juventus, sebelum Paul Pogba memutuskan untuk ke Old Trafford.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN