Paul Pogba Antara Pemain EPL Yang Disahkan Positif

Paul Pogba

Wabak berbahaya yang melanda terus menjadi ancaman buat para pemain bola sepak selepas Paul Pogba dan beberapa pemain lain dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) telah disahkan positif.

Perkembangan terbaharu tersebut disahkan oleh pengurus skuad kebangsaan Perancis, Didier Deschamps ketika beliau mengumumkan barisan pemain pemain Les Blues untuk kempen UEFA Nations League pada 5 dan 8 September nanti.

Perancis yang diletakkan dalam kumpulan 3 bakal bersaing dengan tiga lagi pasukan iaitu juara bertahan, Portugal, Sweden dan Croatia.

”Saya perlu membuat perubahan pada saat akhir terhadap senarai [pemain] ini kerana Paul Pogba dirancang untuk berada dalam senarai tetapi sayangnya, dia melakukan ujian [swab] semalam di mana dia telah disahkan positif pada hari ini.”

”Jadi saya perlu menggantikannya dengan Eduardo Camavinga,” jelas Deschamps menurut laporan Sky Sports.

Seorang lagi pemain skuad kebangsaan Perancis, Tanguy Ndombele turut menerima nasib yang sama seperti rakan sepasukannya itu.

Dalam perkembangan sama di kem Chelsea pula, beberapa orang pemain kelab tersebut disahkan positif dan dilaporkan perlu untuk menjalani pengasingan di kediaman masing-masing.

Meskipun tidak mengumumkan secara rasmi berhubung identiti pemain yang positif, laporan Goal dan The Telegraph mengatakan bahawa Christian Pulisic, Tammy Abraham, Mason Mount, Ross Barkley, Emerson Palmieri, Jorginho, Michy Batshuayi dan Fikayo Tomori pada ketika ini sedang menjalani pengasingan di kediaman mereka.

Abraham dan Mount bagaimanapun tersenarai dalam pemain yang terpilih untuk menyertai latihan pusat skuad kebangsaan England dan masih belum ada apa-apa pengumuman daripada pengendali pasukan, Gareth Southgate berhubung perkembangan dua pemain muda ini.

Kredit featured image: Julian Finney/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai wabak berbahaya yang sedang melanda ini:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply