Paul Ince: Kehadiran Alexis Sanchez Punca Kemerosotan Prestasi Paul Pogba

Bekas pemain Manchester United sekitar tahun 1989 hingga 1995, Paul Ince menyifatkan kehadiran Alexis Sanchez ke Old Trafford menjadi punca kepada kemerosotan prestasi yang ditunjukkan Paul Pogba ketika ini.

Sanchez berada di Old Trafford pada penghujung Januari lalu dan Henrikh Mkhitaryan menjadi pertukaran ke Arsenal.

Kehadiran Sanchez bagaimanapun gagal menghalang Manchester United dari menerima dua kekalahan dalam tiga perlawanan terakhir dalam saingan Liga Perdana Inggeris selepas tewas ditangan Tottenham Hotspur (2-0) dan Newcastle United (1-0).

”Sejak kehadiran Sanchez menyertai kelab (Manchester United), ‘mood’ dan keyakinan yang dimiliki Pogba telah beralih arah yang bertentangan,” ujar bekas pemain antarabangsa England.

”Kini dia kelihatan seperti seorang pemain yang sangat berbeza.”

”Ianya mungkin kerana hakikat bahawa, Sanchez, orang akan sentiasa memperkatakan mengenainya.”

‘Lihat pada perlawanan bertemu Newcastle United, anda akan dapat melihat bahasa tubuhnya menunjukkan bahawa dia sudah bosan. Apa jua yang berlaku, kita perlu mengakui perkara tersebut.”

Paul Ince
LONDON, ENGLAND – SEPTEMBER 17: Blackpool manager Paul Ince gets animated on the touchline during the Sky Bet Championship match between Millwall and Blackpool at The Den on September 17, 2013 in London, England. (Photo by Charlie Crowhurst/Getty Images)

Dalam pada itu, Pogba sebelum ini dikatakan tidak berpuas hati dengan perubahan posisi yang perlu dihadapinya sejak kehadiran Sanchez dan Ince turut mengulas mengenai perkara tersebut.

”Saya memahami mengapa Pogba mungkin berasa marah dengan perubahan posisinya dan corak permainannya ketika ini. Dia seorang pemain yang gemarkan berada di keseluruhan padang, dia juga seorang yang gemar untuk menyerang.”

”Pogba bukan pemain yang ditandatangani untuk menjadi pemain di posisi tengah bertahan dan itu jelas bukan perkara yang disukainya dan terbaik buat dia. Mengapa dia (Jose Mourinho) bertegas untuk meletakkan Pogba di posisi tersebut?”

”Mereka telah mendapatkan Sanchez yang merupakan pembelian yang hebat tetapi sekarang anda tidak dapat menggandingkan dia dengan Pogba. Ianya adalah sesuatu yang gila.”

”Situasi ini sama seperti Frank Lampard dan Steven Gerrard tidak boleh beraksi bersama-sama dalam pasukan England. Anda mesti memikirkan cara yang terbaik.”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram