Pasukan Wanita Flamengo Menang 56-0

Anda masih teringat keputusan pasukan wanita AS yang membelasah Thailand 13-0? Sudah tiba masanya untuk anda move on. Lapangan bola sepak wanita mencipta satu lagi rekod luar biasa.

Di Brazil pasukan wanita Flamengo telah membelasah Greminho dengan jumlah jaringan yang tidak masuk akal.

Flamengo menang 56-0 ke atas Greminho dalam liga negeri (wanita) di Brazil. Ini bermakna purata jarak antara gol adalah kurang 2 minit.

Ianya mungkin jaringan terbesar yang pernah anda dengar sebelum ini. Lupakan 149 gol berbalas 0 melibatkan perlawanan di Madgascar beberapa tahun lalu. Kerana itu adalah gol yang dihasilkan kerana protes satu pasukan yang berterusan menjaringkan gol sendiri.

Berdasarkan status liga tersebut, ianya dianggap liga profesional. Jadi mungkin kita tak akan mendengar lagi jaringan sebesar ini dalam sejarah.

Jika anda merasakan penjaga akaun twitter pasukan sangat sibuk dengan kemaskini gol. Anda bayangkan pula penjaga gol Greminho.

‘Hujan’ gol ini mulai turun seawal minit pertama menerusi Aryane. Menuju ke 10 minit perlawanan, Flamengo mendahului 7-0.

Tamat separuh masa pertama, perlawanan berakhir 29-0.

Flamengo tidak memperlahankan langkah mareka, malah menambah 27 lagi gol pada separuh masa kedua.

Anda boleh ke twitter rasmi Time Flamengo untuk menyaksikan rangkuman gol. Sehingga ada yang tak sempat untuk dimuat naik kerana terlalu banyak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN