Sikap Terpuji Pilihan James McClean Berhadapan Pasukan Istimewa Oxford Bulls

Oxford Bulls baru sahaja selesai perlawanan persahabatan istimewa. Meskipun James McClean sibuk dengan minggu antarabangsa dan kemudian persediaan untuk menentang Manchester United selepas ini.

Beliau tidak mahu menjadikan ia alasan untuk menerima jemputan khas daripada Oxford Bulls yang merupakan pasukan bola sepak down syndrome.

James McClean memilih bintang lain dalam pasukan beliau termasuk Vincent Sweeney, Jordan Allan dan beberapa pemain lain.

Kevin Morrison dalam status facebook beliau sempat menceritakan laporan perlawanan. Ini adalah laporan beliau:

“Hari ini, Oxford Bulls bermain perlawanan pesahabatan pertama menentang pasukan kuat pilihan James McClean.”

“Pemain-pemain kami agak teruja (star struck) ketika melangkah masuk ke dalam padang.”

“Tetapi mereka sudah siap sedia untuk menentang pasukan tersebut seleps melakukan sesi memanas badan.”

“Piihan McClean termasuk, bekas pemain Derry City, Vincent Sweeney dan penyerang Coleraine, Jordan Allan. Termasuk juga adik McClean, Brian di dalam pasukan.”

“Walaupun masih muda, Nathan Moore beraksi bersungguh-sungguh di antara rakan-rakan yang lain.”

“Perlawanan agak sengit walaupun McClean sebelum ini menyatakan ia hanya perlawanan persahabatan. Ada beberapa siri bentesan dilancarkan dengan tempo yang cukup pantas.”

“Oxford Bulls mendahului 2-0 hasil jaringan Conan dan Keigan. Namun pasukan McClean cuba bangkit menyamakan kedudukan selepas jaringan screamer Nathan Moore.”

“Tiernan dan juga pemain terbaik perlawanan, Match Kyle memberikan banyak hantaran kepada pemain serangan utama Keigan dan Conan yang berterusan menguji pertahanan lawan.”

“Shaun pula mengawal ketat McClean, ‘melekat’ seperti digam pada pemain tersebut. McClean sukar untuk melepaskan diri daripada kawalan tersebut.”

“Shaun sampai memeluk McClean untuk memastikan pemain antarabangsa Ireland itu tidak terlepas.”

“Adam pula tidak begitu menyerlah dalam perlawanan ini, kerana matanya terlalu teruja melihat bintang-bintang bola sepak yang menjadi hero negara mereka di dalam padang.”

“Jack pula tidak takut untuk membentes bintang EPL itu dan beberapa bentesan daripada JR kita tak pernah lihat pun dia lakukannya di Ravenhill.”

“Perlawanan berlarutan ke penentuan sepakan penalti. Pasukan Oxford Bulls berjaya menang dalam perlawanan persahabatan rasmi ini selepas menjaringkan kesemua penalti mereka.”

Itulah laporan perlawanan ini. Dan kemudiannya, Kevin Morrisson sangat berterima kasih di atas kesudian McClean dan rakan-rakan beliau menerima undangan perlawanan persahabatan tersebut.

“Saya ingin mengucapkan berbesar terima kasih keada James McClean dan rakan-rakan anda yang sangat datang ke sini hari ini, memberikan kami pengalaman perlawanan besar.”

“Pemain-pemain kami masih bercerita tentang pengalaman ini dan Adam masih lagi star struck.

“Saya tidak rasa James pernah merasai pengalaman bergambar dalam keadaan huru-hara seperti hari ini.”

“Dan masih James cukup sabar dan berlembut untuk melayan karenah budak-budak. Terima kasih James dan rakan-rakan di atas hari yang akan diingati ini.”

Anda boleh belek-belek gambar-gambar mereka di pautan di bawah ini.

Kami di semuanyaBOLA juga terharu dengan apa yang dolakukan oleh McClean kepada pasukan istimewa ini.

Baca juga: PKNS FC Bakal Jadi Pasukan Kedua Liga Malaysia Peroleh Lesen Kelab AFC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN