Pasukan Liga Malaysia Alukan Kehadiran Semula Penyokong Ke Stadium

Liga Malaysia

Pasukan Liga Malaysia membuka pintu seluasnya mengalu-alukan kepulangan penyokong ke stadium untuk baki saingan Piala Malaysia 2021.

Situasi ini terjadi selepas pengumuman kerajaan Malaysia yang membenarkan individu yang lengkap divaksinasi untuk menghadiri acara sukan dan rekreasi baru-baru ini.

Penyokong Sudah Boleh Kembali Bersorak Di Stadium Untuk Piala Malaysia

Penyokong akan berpusu-pusu

Dari perspektif pasukan, mereka jelas sekali menyambut baik kebenaran yang diberikan kerajaan ini dikala saingan Piala Malaysia edisi ke-100 sedang diadakan.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Darul Aman, Khamal Idris Ali, beliau menjangkakan akan ramai penyokong Helang Merah hadir ke stadium selepas ini.

“Saya rasakan penyokong Kedah akan berpusu-pusu [ke stadium] untuk menyaksikan aksi pasukan kesayangan mereka.”

“Aura kejohanan ini [Piala Malaysia] selalu memikat penyokong,” ujar Khamal menerusi BERNAMA.

Nada yang sama turut dikongsi oleh rakan sejawat di KL City iaitu Stanley Bernard.

Menurut Stanley, beliau berbesar hati menerima kepulangan penyokong walaupun pada hematnya kebenaran ini sepatutnya diberikan lebih awal.

“Saya gembira mendengar pengumuman ini walaupun saya berpandangan ianya sepatutnya dilakukan lebih awal.”

“Tetapi tidak mengapa asalkan penyokong dapat kembali ke stadium.”

Masih tiada ketetapan

Buat masa sekarang, kerajaan Malaysia belum lagi mengeluarkan SOP lengkap mengenai kehadiran semula penyokong ke stadium.

Tiada lagi perincian mengenai peratusan kapasiti stadium yang dibenarkan untuk digunakan sambil butiran lain yang perlu dipatuhi oleh pasukan dan penyokong.

Setakat ini, hanya mereka yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin sahaja dibenarkan masuk ke stadium.

Saingan Piala Malaysia 2021 berehat sebentar selama sebulan bagi memberikan laluan kepada persiapan skuad kebangsaan menentang Jordan dan Uzbekistan.

Tempoh sebulan tersebut pastinya akan digunakan sebaiknya untuk kerajaan memberikan SOP yang lengkap sambil pasukan-pasukan melakukan persediaan untuk menerima semula kehadiran penyokong.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply