Pasukan Lain Dibenarkan Mendaftar Pemain Skuad Piala Belia Dan Piala Presiden Perlis

Nasib pemain muda daripada skuad Piala Belia dan Piala Presiden Perlis akhirnya terbela apabila Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kelmarin memutuskan untuk membenarkan pasukan lain mendaftar pemain daripada pasukan singa utara tersebut.

FAM turut mengesahkan penyertaan Perlis dalam Pertandingan Piala Presiden dan Piala Belia 2019 dibatalkan pada 23 Februari lalu dan masih tetap dengan pendirian untuk tidak membenarkan pasukan Perlis kekal mengambil bahagian di dalam kedua-dua pertandingan tersebut.

Menurut Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, permohonan Perlis untuk melanjutkan pendaftaran pemain Piala Belia dan Piala Presiden ditolak kerana berpendapat bahawa ia tidak seharusnya berlaku kerana pasukan-pasukan lain boleh menghormati atau mematuhi tarikh akhir yang ditetapkan tanpa sebarang isu.

“Tambahan pula, JKPT telah pun memberikan tempoh lanjutan pendaftaran kepada semua pasukan dan seringkali memberi peringatan melalui Unit Pertandingan FAM kepada pasukan-pasukan untuk mematuhi tarikh akhir yang telah ditetapkan.

“Tindakan pasukan Perlis ini jelas menunjukkan bahawa mereka masih lagi belum bersedia untuk mengambil bahagian di dalam kedua-dua pertandingan ini dan sekiranya dibenarkan untuk kekal di dalam kedua-dua pertandingan ini, ia boleh mendatangkan masalah kepada pasukan-pasukan lain dan pada masa yang sama memudaratkan pertandingan itu sendiri.

“JKPT juga percaya keputusan untuk membatalkan penyertaan Pasukan Perlis di dalam kedua-dua pertandingan tersebut adalah satu langkah yang harus diambil bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku dan untuk menjaga kepentingan kedua-dua pertandingan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

FOTO: FAM

Walaupun pasukan Perlis dibatalkan penyertaan bagi kedua-dua pertandingan tersebut, FAM tidak akan mengetepikan kebajikan pemain-pemain dan pegawai pasukan Perlis yang kini tidak mempunyai pasukan dan punca pendapatan.

Para pemain dan pegawai skuad Piala Belia dan Presiden Perlis diberi kelonggaran untuk didaftarkan bermain dan berkhidmat bersama pasukan lain di dalam Piala Presiden dan Piala Belia 2019 walaupun tarikh pendaftaran asal dan lanjutan telah pun berakhir.

Justeru, pasukan-pasukan Piala Presiden dan Piala Belia 2019 yang masih mempunyai kekosongan di dalam pasukan (tiada penambahan terhadap jumlah asal maksimum pendaftaran yang telah ditetapkan) adalah dibenarkan membuat pendaftaran pemain dan pegawai baharu terhad kepada bekas pemain-pemain dan pegawai-pegawai pasukan Perlis bagi Piala Presiden dan Piala Belia 2019 sahaja.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN