‘Pasukan Itu Tiada Apa’ – Pengurus Benfica Tolak Perbandingan Dengan Barcelona

Jorge Jesus Benfica Barcelona

Pengurus Benfica dengan tegas menolak pasukannya dibandingkan dengan Barcelona kerana beliau merasakan skuad kendalian Ronald Koeman itu ‘tiada apa’ berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini.

Barcelona menewaskan Juventus 2-0 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada Selasa untuk mencatat kemenangan pertama mereka dalam empat perlawanan termasuk.

Namun mereka tewas 3-1 kepada Real Madrid dalam aksi El Clasico pertama musim ini tempoh hari dan sekaligus telah menimbulkan persoalan mengenai projek ‘Barcelona Baharu’ yang dicetuskan oleh Koeman.

Malah timbul pula ura-ura terdapat usaha untuk kembali membawa pulang Pep Guardiola ke Camp Nou pada musim depan selepas kontraknya barsama Manchester City tamat pada musim panas tahun depan.

Statistik Barcelona per perlawanan di La Liga musim ini menyaksikan skuad The Blaugrana itu hanya mencatatkan 11 percubaan dengan lima menepati sasaran, peluang dicipta (8) dan hantaran (20) merupakan yang terendah dalam lapan kempen terakhir mereka.

Benfica pula yang mencatat kemenangan 3-0 ke atas kelab Belgium Standard Liege dalam saingan Liga Europa (UEL) pada Khamis beraksi dengan penguasaan bola yang tinggi pada musim ini.

Pemain sayap Standard Liege, Mehdi Carcela-Gonzales merasakan terdapat ciri-ciri persamaan di antara corak serangan dan penguasaan bola Barcelona dengan Benfica.

Dalam perlawanan tersebut, skuad kendalian Jesus itu mencatat 67 peratus penguasaan bola dan 16 percubaan ke arah gol dengan lima daripada menepati sasaran serta 683 hantaran.

Perbandingan itu timbul selepas Carcela-Gonzales yang juga bekas pemain Benfica dalam temubualnya bersama syarikat penyiaran portugal Sport TV mengatakan dengan adanya pemain muda, Pizzi dan Adel Taarabt, Benfica kini kelihatan seperti Barcelona.

Bagaimanapun menurut Jesus, ia bukanlah satu perbandingan yang harus dibanggakan melihat kepada situasi kelab Catalan tersebut di bawah kendalian Koeman pada waktu ini.

“Saya tidak akan kata kami sekarang seperti Barcelona, tidak, saya tidak mahu dilihat seperti mereka,” ujar jurulatih berusia 66 tahun itu.

“Beberapa tahun lalu ya, memang mereka yang terbaik, tetapi pasukan sekarang ini tiada apa. Jadi saya tak mahu kami dilihat seperti mereka sekarang. Saya tak peduli pun tentang mereka.”

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Barcelona:

Calon Presiden Baharu Mahu Satukan Kembali Messi & Guardiola Di Barcelona

Bartomeu Buat Dua Kenyataan ‘Bakar’ Penyokong Barcelona Selepas Letak Jawatan

Barcelona Mengadu Pengadil El Clasico Seorang ‘Madridista’

 

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply