Pasukan Futsal Sumatera Barat Tagih Khidmat Jurulatih Tempatan, Qusmaini Noor Rusli

Qusmaini

Perkembangan positif dalam kancah futsal tempatan semakin jelas terserlah apabila khidmat jurulatih berpengalaman, Qusmaini Noor Rusli ditagih kelab dari Padang, Indonesia.

Pengendali berusia 40 tahun itu telah dilantik sebagai Pengarah Teknikal pasukan Sumatera Barat (SUMBAR) bagi menghadapi saingan Pekan Olahraga Nasional (PON) yang seumpama Sukan Malaysia (SUKMA) di tanah air.

Tugasan pertama Qusmaini selaku Pengarah Teknikal berakhir dengan membanggakan apabila berjaya membawa pasukan Sumatera Barat itu mara ke perlawanan akhir Rafhely Specs Cup 2019.

Satu kejohanan yang dijadikan sebagai medan pemanas badan buat setiap pasukan sebelum menghadapi saingan sebenar pada 11 November 2019 di Bandung, Indonesia.

Sumatera Barat mempamerkan semangat juang yang cukup tinggi walaupun tewas 3-4 ditangan pasukan PON Lampung. Pasukan lawan itu sememangnya antara pasukan pilihan apabila turut diwakili beberapa pemain Liga Pro Indonesia.

Berikut adalah keputusan penuh aksi yang melibatkan skuad Sumatera Barat:-

Peringkat kumpulan

1) Sumatera Barat (8) Kenanga Muda (2)

2) Sumatera Barat (5) Jawa Tengah (3)

3) Sumatera Barat (2) Sumatera Utara (1)

Suku Akhir

Sumatera Barat (2) Riau (0)

Separuh Akhir 

Sumatera Barat (3) Papua (3)

Sumatera Barat menang 2-1 menerusi penentuan sepakan penalti

Akhir

Sumatera Barat (3) Lampung (4)

Ringkas mengenai Qusmaini Noor Rusli

Anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan yang dibesarkan di Kuantan itu bukanlah jurulatih yang asing dalam kancah futsal tanah air.

Selain daripada membawa skuad futsal Perak menduduki tempat kedua dalam saingan Liga Futsal Kebangsaan musim lalu, beliau turut pernah membimbing Melaka United, Sabah Quilmes, Negeri Sembilan, KWSP FC dan MBPJ FC.

Lebih menarik untuk diperkatakan ialah Qusmaini pernah dilantik sebagai ketua jurulatih skuad futsal Brunei pada tahun 2016 hingga 2017.

Dalam pada itu khidmat beliau turut pernah ditagih kelab Brunei, Shah United bagi menghadapi Kejuaraan Kelab Futsal AFF dan Indonesia iaitu Brilyan Sport FC, BJL 2000 Semarang dan Rafhely FC.

Qusmaini bersama ketua jurulatih skuad futsal Sepanyol, Federico Vidal Montaldo ketika sesi pembelajaran di Itali, bulan lalu.

Pencapaian peribadi itu menjadikannya sebagai anak tempatan pertama yang menjadi ketua jurulatih bagi skuad futsal kebangsaan dan kelab di luar negara.

Dalam memantapkan lagi ilmu pengetahuannya dalam futsal, Qusmaini seringkali menghadiri kelas ‘refreshing’ dan ‘update’ terkini perkembangan futsal moden yang dikendalikan jurulatih futsal ternama dunia.

Beliau pernah ke Itali sebanyak empat kali sejak tahun 2016 dan kali terakhir adalah pada bulan lalu (Jun) bagi menambah ilmu serta mendapat bimbingan daripada Pengarah Teknikal Skuad Futsal Sepanyol, ketua jurulatih Sepanyol dan beberapa orang jurulatih dari kelab Liga Pro Sepanyol.

Semoga bakat dan ilmu yang dimiliki oleh beliau tidak disia-siakan dan dapat dimanafaatkan untuk perkembangan futsal negara satu hari nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN