Park Ji-Sung Dedahkan Perangai Rakan Sepasukan Di Man United, Neville Tak Basuh Kasut

Park Ji-Sung ternyata seorang pemain bertaraf lagenda bagi peminat Manchester United.

Pemain yang diberi gelaran ‘Three-Lung Park’ ini terkenal dengan work rate dan stamina yang tinggi.

Selain daripada itu, Park juga seorang pemain yang sering menonjol dalam perlawanan-perlawanan besar.

Di dalam biografinya bertajuk Throwing Myself Away, Park mendedahkan pendapat beliau mengenai sebahagian rakan sepasukannya ketika di Manchester United.

Wanye Rooney

Park merasakan Rooney merupakan pemain yang sungguh kompetitif dan mempunyai keazaman yang tinggi.

Cinta Rooney terhadapa United sangat tinggi, dan bagi seorang pemuda yang berasal dari Liverpool ianya sangat menakjubkan.

Park juga akan berasa ‘selamat’ apabila menghantar bola kepada Rooney ketika perlawanan kerana beliau rasa Rooney seorang yang boleh diharap.

Park sering tewas apabila bermain Pro Evolution Soccer (PES) bersama Rooney, Rooney juga seorang yang panas baran menurut Park namun baran itu hilang sejak Rooney berkahwin.

Dan yang terakhir, Park merasakan Rooney seorang ketua yang baik.

Gary Neville

Gary-Neville-HD-Photo1

Menurut Park, Neville adalah seorang pemain yang sangat setia dan cintakan United.

Neville juga mempunyai perwatakan yang baik iaitu sering mengambil berat mengenai rakan sepasukannya diluar ataupun di dalam padang.

Namun Neville juga ada tabiat pelik iaitu beliau akan memanaskan badan di dalam bilik persalinan dan tidak akan mencuci kasut but yang beliau pakai jika perlawanan itu dimenangi oleh United.

Paul Scholes

Scholes akan menjadi pilihan Park sekiranya beliau mahu memilih pemain untuk dimasukkan ke skuad kebangsaan Korea Selatan.

Bagi Park, Scholes mempunyai teknik rembatan yang cukup baik. Scholes juga seorang pemain yang jarang bersosial dengan sesiapa yang diluar dunia bola sepak.

Oleh kerana Scholes jarang bersosial, tidak ramai yang mempunyai nombor telefonnya dan beliau jarang sekali ketawa jika ada rakan sepasukan melakukan lawak jenaka.

Rio Ferdinand

Suka bersosial dan melakukan lawak jenaka. Ferdinand memanggil Park dengan nama ‘Ji’ kerana Ferdinand meminanti lagu K-Pop bertajuk ‘Gee’ nyanyian Girls Generation.

Ferdinand juga seorang yang rapat dengan pemain-pemain dari pasukan Premier League yang lain.

Antonio Valencia

Menurut Park, Valencia mempunyai perwatakan yang lebih kurang sama dengan Ferdinand namun Valencia lebih senyap berbanding Scholes.

Hal ini kerana Scholes lebih bising ketika di atas padang berbanding dengan Valencia.

Cristiano Ronaldo

Tidak seperti apa yang media gambarkan seperti suka mementingkan diri dan gilakan perhatian, Ronaldo sebenarnya menurut Park adalah seorang yang tidak mementingkan dirinya.

Ronaldo juga tidak pernah cuba untuk menjadi perhatian dan sentiasa memberikan 100% ketika di latihan untuk meningkatkan dirinya.

Bagi Park, gelaran ‘pemain terbaik di dunia’ itu sangat sesuai dengan Ronaldo.

Partrice Evra

Merupakan pelawak pasukan, Evra merupakan teman rapat Park di United.

Mereka menjadi rapat kerana mereka berdua tidak mampu untuk berbahasa Inggeris dengan baik ketika tiba di England. Jadi cara untuk mereka berkomunikasi adalah dengan hanya bermain mata sahaja!

Evra juga tinggal berhampiran dengan Park, dengan hanya 2 blok sahaja memisahkan mereka. Jadi Evra kerap melawat Park di rumahnya.

Ketika perlawanan UEFA Champions League menentang AS Roma, Evra menjaringkan gol dan gol itu ditujukan khas untuk Park. Park sangat tersentuh dengan tindakan Evra itu.

Park, Evra dan Carlos Tevez merupakan trio kawan rapat ketika di United, Park sering ditanya mengapa beliau rapat dengan Evra? Ini jawapan Park:

“Evra merupakan seorang yang boleh dipercayai dan saya boleh berkongsi semua apa yang saya rasa tanpa perlu risaukan apa-apa.”

Nani

Gandingan pelawak bersama Evra di United.

Ruud Van Nistelrooy

RVN

Cukup ramah dengan Park ketika Park awal-awal tiba di England kerana Park sebelum ini bermain di PSV Eindhoven.

Van Der Sar

Germany_Soccer_Cham_514883a

Park sangat terhutang budi dengan Van Der Sar kerana penjaga gol itu membantu beliau menyesuaikan diri untuk tinggal di England.

Ketika sambungan internet di rumah Park mengalami masalah dan perlu sebulan di baiki, Van Der Sar menghantar pembantunnya untuk menyelesaikan masalah sambungan internet tersebut dalam masa sehari sahaja.

Park juga mendedahkan Van Der Sar gemar makanan Korea! Beliau meminati kimchi.

Baca juga: 7 Cerita Belakang Tabir Yang Jelaskan Mengapa LVG Diganti & Mengapa Prestasi Rooney Merosot

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN