Park Hang-seo: Tinggalkan Pasukan Ini? Ia Sangat Tidak Bertanggungjawab

park hang seo vietnam

Pengendali Vietnam, Park Hang-seo dikatakan sah akan disambung kontraknya selepas kemenangan bermakna ke atas Malaysia dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, kelmarin.

Sebelum ini, terdapat pelbagai khabar angin mengenai masa depannya bersama skuad Naga Emas apabila kontraknya dikatakan masih dalam pertimbangan Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF).

Ini kerana, VFF tidak mampu untuk menanggung kos pembayaran gajinya yang besar termasuklah gaji staf kejurulatihannya untuk skuad senior dan B-23 tahun yang menjangkau US$ 817,000 untuk tempoh dua tahun sepanjang Park Hang-seo menyertai mereka.

Dan ianya pasti akan meningkat jika VFF mahukan khidmatnya lagi. Dengan badan induk bola sepak Vietnam itu dalam fasa kewangan yang semakin merosot, ia telah menimbulkan pelbagai spekulasi.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu menyertai Vietnam pada 2017 dengan tawaran gaji sebanyak US$ 20,000 sebulan, menurut laporan daripada Tuoi Tre News yang diterbitkan pada Jun lalu.

Dan semua kos sepanjang dua tahun kontraknya – yang bakal berakhir pada Januari 2020 depan ditanggung sendiri oleh bekas Timbalan Presiden VFF, Doan Nguyen Duc yang juga merupakan seorang ahli perniagaan dan pemilik kelab Hoang Anh Gai Lai FC.

Untuk menyambung kontrak Park Hang-seo selepas ini, tiada lagi sumber kewangan daripada Nguyen Duc dan menambah lagi ‘sakit kepala’ VFF, bagaimana mahu mengekalkan seorang jurulatih yang telah berhasil membentuk skuad Naga Emas yang kian dihormati.

Selepas menyaksikan Vietnam menang 1-0 ke atas Malaysia dalam aksi kedua Kumpulan G, kelayakan Piala Dunia/Piala Asia kelmarin, Presiden VFF, Le Khanh Hai mengesahkan kontrak jurulatih berusia 60 tahun itu bakal disambung dengan bantuan pihak kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan.

“VFF akan menyambung semula kontrak Park [Hang-seo]. Ianya hampir pasti. Kita sudah mendapatkan seorang jurulatih yang sangat cocok dengan gaya permainan dan juga personalti [Vietnam],” jelasnya menerusi portal The Thao 247.

Dengan pengesahan Presiden VFF tersebut, pastinya moral pemain dan Park Hang-seo sendiri akan melonjak menjelang aksi ketiga kumpulan menentang Indonesia pada Selasa di Bali, Indonesia.

“Ramai yang mengatakan saya akan tinggalkan Vietnam selepas meraih kejayaan di sini. Tetapi, saya rasa saya belum mencapai kejayaan bersama mereka lagi. Saya hanya ada kejuaraan AFF [2018],” ujar Park Hang-seo yang dipetik daripada Sports Seoul.

“Tidak tahu berapa lama saya akan berada di sini. Tetapi, sangat tidak bertanggungjawab untuk meninggalkan pasukan ketika ini,” tambahnya lagi yang ditemubual pada hujung September lalu.

Kredit Featured Image: Dinh Nho Tuan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN