Para Penyokong Manchester United Meragui Kepimpinan Harry Maguire Sebagai Ketua Pasukan

Para penyokong Manchester United bengang dan kecewa melihat persembahan ketua pasukan mereka, Harry Maguire ketika aksi kekalahan 4-2 di tangan Leicester City malam semalam.

Manchester United turun beraksi bertemu Leicester City dalam aksi saingan Premier League di King Power Stadium, dalam usaha untuk kembali menemui rentak kemenangan.

United berdepan dengan dua keputusan yang agak mendukacitakan sebelum rehat antarabangsa, dengan mereka mencatatkan kekalahan bertemu Aston Villa, dan seri bertemu Everton.

https://twitter.com/BRGoals/status/1449387172801490946?t=V1DDMUHi9xpxIUE7A1X4og&s=19

Untuk menghidupkan peluang mencabar kejuaraan liga, skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu perlu mencatatkan kemenangan bertemu Leicester City.

Malang sekali, mereka gagal mempamerkan persembahan yang baik, seterusnya meranapkan rekod bersih tanpa kalah di halaman lawan sejak Januari 2020.

Selain kecewa dengan keputusan perlawanan, para peminat turut meluahkan rasa kecewa mereka terhadap aksi yang dipamerkan oleh para pemain, terutama ketua pasukan mereka, Harry Maguire.

Pemain kebangsaan England itu telah mempamerkan aksi paling hambar beliau sepanjang menyarung jerai Man Utd ketika beraksi bertemu bekas majikannya malam semalam.

Beliau melakukan kesalahan yang sukar untuk diampunkan oleh para peminat kerana membuka ruang yang luas untuk Leicester City menjaringkan gol penyamaan.

Maguire dipersalahkan kerana beliau sekadar menunggu bola, dan membenarkan Kelechi Iheanacho untuk merampas bola darinya, seterusnya bola tersebut dilorongkan tepat menemui Youri Tielemans.

Bintang Belgium itu pula tenang memanfaatkan kesempatan yang ada, dengan beliau merembat cantik bola menewaskan De Gea untuk Leicester mengikat United 1-1.

Beliau juga turut dipersalahkan sebagai punca terhasilnya gol keempat Leicester kerana tidak mengawal Patson Daka dengan kemas.

Aksi Maguire dalam perlawanan ini tidak boleh dinafikan lagi sememangnya sangat teruk dan wajar untuk beliau dikecam oleh para peminat.

Para penyokong Manchester United meluahkan rasa kecewa mereka terhadap persembahan Maguire di laman twitter, dengan ramai yang mempersoalkan kemampuan beliau untuk terus menjadi ketua pasukan.

https://twitter.com/MikeLUHG_18_0/status/1449404325776793610?t=5W6va1FQtak32hlA0I2XHw&s=19

Harry Maguire sebelum ini terpaksa diketepikan dari dua perlawanan United kerana beliau dibelenggu masalah kecederaan betis.

Pemain pertahanan berusia 28 tahun itu walaupun dianggap beraksi dengan sangat teruk, namun beliau tetap beraksi selama 90 minit dalam perlawanan ini.

Kekalahan di tangan Leicester City sebenarnya agak membimbangkan kerana tidak ada mana-mana pemain yang berada di tahap persembahan terbaik mereka.

Pemain seperti Cristiano Ronaldo, Paul Pogba, Jadon Sancho dan Harry Maguire jelas sekali tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka dalam perlawanan ini.

Walau bagaimanapun, dek kerana Maguire sudah sering melakukan kesilapan mudah seperti ini, maka ia sedikit membimbangkan para penyokong.

Para peminat tentunya sangat berharap agar Raphael Varane segera sembuh dari kecederaan yang beliau hadapi, dek kerana barisan pertahanan United sangat memerlukan khidmatnya.

Melihat kepada persembahan hambar Maguire dan barisan pertahan United ia tentunya mencetuskan kerisauan para peminat kerana pemain sama juga yang diharapkan untuk turun beraksi bertemu Atalanta minggu hadapan.

Laluan mereka selepas ini juga sangat sukar dengan mereka akan turun bertemu Liverpool dalam aksi saingan Premier League selepas aksi bertemu Atalanta.

Manchester United semakin tercicir dari perebutan kejuaraan liga

Ekoran dari tiga perlawanan tanpa mencatatkan kemenangan, Manchester United kini semakin tercicir dari kedudukan untuk mencabar kejuaraan liga.

Red Devils hanya mampu mengutip satu mata sahaja dari tiga perlawanan terakhir mereka, dengan mencatatkan seri bertemu Everton dan tewas kepada Aston Villa dan Leicester City.

Melihat kedudukan dalam carta liga pada ketika ini, Manchester United berada di kedudukan keenam, lima mata dibelakang pendahulu saingan liga, Chelsea.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu ketika ini berada di belakang Brighton and Hove Albion dan mereka juga mungkin akan dipintas oleh Everton dan Tottenham Hotspur yang masih belum turun beraksi.

Ole Gunnar Solskjaer mungkin mempunyai masa untuk mengubah taktikal dan pendekatan beliau, namun laluan yang bakal beliau hadapi dalam lima perlawanan terakhir ini agak sukar.

Melihat kepada skuad yang United miliki pada ketika ini, sepertinya tiada masalah untuk mereka mencabar kejuaraan liga, namun tidak pasti apa yang berlaku, mereka sepertinya masih belum dapat membina keserasian dan menyerlahkan kemampuan masing-masing.

Mampukah United ubah persembahan mereka ketika aksi bertemu Liverpool nanti? Bincangkan diruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN