Panduan Dan Arahan Kepada Penyokong Indonesia Di Sini

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekali lagi mengingatkan warga bola sepak Malaysia supaya tidak menjual tiket tempat duduk penyokong Malaysia iaitu Pintu A, B, C dan D kepada penyokong pasukan pelawat, Indonesia untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini.

Ini kerana, penyokong Indonesia hanya dibenarkan membeli tiket yang telah diperuntukkan untuk penyokong pasukan pelawat iaitu di Pintu E.

Justeru, penyokong Indonesia juga dinasihatkan supaya tidak membeli mana-mana tiket yang tertera Pintu A, B, C atau D yang merupakan tempat duduk penyokong Malaysia kerana penyokong Indonesia tidak akan dibenarkan masuk ke stadium menerusi pintu-pintu berkenaan.

PSSI juga turut menghebahkan perkara tersebut kepada para penyokong mereka meneurusi laman rasmi mereka.

PSSI menegaskan: “Pasukan Indonesia akan bertandang berhadapan dengan Malaysia. Ianya adalah perlawanan lanjutan kumpulan G, Kelayakan Dunia 2022 yang akan bertempat di Stadium Bukit Jalil, Malaysia, Selasa (19/11).”

“Panitia pelaksana pertandingan telah meletakkan kedudukan tiket untuk suporter Indonesia di kawasan Kategori Satu gate E stadium.”

“Sesuai dengan regulasi pihak panpel hanya menyediakan kuota 5 persen daripada tiket yang dijual, yakni sebanyak 4,400 tiket sahaja. Pembelian tiket hanya melalui online di website pssi.org.”

“Suporter Indonesia ditempatkan di kategori I gate E.”

PSSI kemudian mengingatkan agar para penyokongnya tidak sesekali membeli tiket daripada pihak ketiga kerana ia akan memberikan konflik kedudukan tempat duduk.

Seterusnya para penyokong Indonesia diharap tiba awal ke stadium, sebelum pukul 4 petang. Jika lewat, mereka tidak akan dibenarkan masuk.

Selain itu, PSSI juga memberikan meminta para penyokong Indonesia berkumpul di hadapang pintu yang ditetapkan dan tidak digalakkan untuk berkumpul di tempat lain ataupun terpecah daripada kumpulan.

Untuk penyokong yang membawa baner dan bendera, mereka dinasihat masuk sebelum 3 petang. Dan dilarang sama sekali membawa suar dan bunga api.

Selepas tamat perlawanan para penyokong Indonesia perlu menunggu penyokong pasukan tuan rumah keluar dahulu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN