Paling Banyak Sentuh Bola, Antara 5 Perkara Daripada Aksi Pogba vs Watford

Paul Pogba jelas beraksi sangat baik dalam aksi Man. United berhadapan dengan pasukan yang berada dalam prestasi terbaik Watford semalam.

Walaupun pada separuh masa kedua, Man. United ditekan teruk kerana agak terlalu ke bawah, namun secara keseluruhannya, Pogba bermain sangat baik.

1. Penampilan ke-100

Ini merupakan penampilan ke-100 Paul Pogba bersama-sama dengan pasukan Man. United.

Cepat betul waktu berlaku bukan?

Beliau merupakan produk akademi Manchester United pernah pergi ke Juventus. Dan kemudian dibeli balik dengan rekod perpindahan dunia ketika itu.

2. Kualiti hantaran

Dalam perlawanan ini Pogba menjadi nadi penting dalam menukar arah serangan dengan segera. Kualiti hantaran beliau sangat baik.

Beberapa hantaran beliau mencetuskan ancaman secara terus ke zon bahaya. Beliau melakukan 14 hantaran panjang tepat daripada 16.

81% hantaran beliau adalah tepat.

3. Pogba nikmati kebebasan

Dengan adanya Matic dan Fellaini sebagai no.6 kembar, Paul Pogba jelas selesa dengan peranan yang lebih ofensif di belakang penyerang.

Beliau diarahan bermain sebagai pemain tengah ofensif lebih kepada no.8. Dan ada kalanya beliau seperti no.10.

Itu kelebihan Pogba kerana dia adalah pemain box to box.

Dalam perlawanan sebelum ini beliau turut beraksi baik dalam sistem seperti ini.

Jelas sekali Mourinho perlu mengekalkan peranan ini berbanding dengan menarik Pogba menjadi pivot.

4. Keupayaan mengawal tengah

Pogba menjadi pemain tengah yang sangat dominan terutama sekali pada separuh masa pertama.

Beliau memiliki kemampuan untuk menggelecek dan juga memenangi bola. Pogba memenangi 5 pertarungan duel dalam perlawanan ini.

Beliau juga kerap turun ke bawah untuk membantu bertahan.

Beliau adalah pemain yang paling banyak menyentuh bola dalam perlawanan ini dengan 85 sentuhan.

5. Kreativiti

Mungkin ini aspek yang Pogba kurang, selaku pemain yang bermain di belakang penyerang.

Beliau tidak mencipta sebarang hantaran kunci dalam perlawanan ini.

Beliau ada visi yang sangat baik, gagal lebih ‘spark’ dalam kreativiti untuk membantu Sanchez dan Lukaku.

Namun jangan salah anggap, ini hanya komen untuk perlawanan ini. Pogba antara pemain tengah yang kreatif.

Rumusan

Walaupun Chris Smalling dan Lukaku dianggap calon utama untuk pemain terbaik perlawanan, namun sumbangan Pogba di tengah sangat penting untuk Man. United terutamanya pada separuh masa pertama.

Beliau meraikan perlawanan ke-100 beliau untuk Man. United dengan kemenangan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN