Pakatan Kapten & Pemain Bintang Yang Bersekongkol Boikot Copa America 2021

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi menuju sepak mula kejohanan Copa America 2021. Walaupun dijadualkan pada 13 Jun akan datang, terdapat banyak tanda tanya sama ada kejohanan tersebut akan diteruskan seperti yang telah dijadual.

Di dalam skuad Brazil sendiri, sekelompok pemain mulai bangkit menentang penganjuran pertandingan. Mereka juga mulai melobi kapten-kapten pasukan lain yang mengambil bahagian untuk berbuat demikian.

Kontroversi penganjuran Copa America 2021

Penganjuran kejohanan Copa America 2021 dianggap kontroversi kerana telah ditangguhkan selama setahun dan pertukaran tuan rumah.

Sebelum ini Argentina dan Colombia telah dipilih untuk kejohanan Copa America 2020. Hak Colombia sebagai tuan rumah bagaimanapun dilucutkan oleh CONMEBOL kerana keadaan negara tersebut yang sedang mengalami kekecohan akibat tunjuk perasaan oleh rakyat mereka.

Ketika ini, rakyat Colombia melakukan tunjuk perasaan membantah dasar baharu kerajaan pimpinan Ivan Duque berkenaan pelan percukaian yang telah dirancang. Selain itu, mereka turut melakukan tunjuk perasaan mengenai reformasi kesihatan awam yang diumumkan Duque.

Berikutan kekangan tersebut, kerajaan Colombia memohon agar kejohanan tersebut dianjak ke November. Idea tersebut ditolak oleh CONMEBOL dan semua perlawanan yang dijaduakan di Colombia dipindahkan kepada Argentina.

Dengan situasi ini, CONMEBOL mempunyai alternatif untuk memindahkan kesemua perlawanan yang dijadualkan di Colombia dipindah ke Argentina dengan menjadikan negara itu tuan rumah secara penuh.

Ancaman pandemik

Argentina bagaimanapun turut menarik diri dari menganjurkan kejohanan tersebut selepas mengambil kira keadaan pandemik Covid-19 di negara tersebut. Keputusan oleh Argentina menyebabkan CONMEBOL mengambil keputusan memberikan hak tuan rumah kepada Brazil.

Bagaimanapun keadaan pandemik di Brazil juga tidak jauh bezanya dengan apa yang berlaku di Argentina. Semua kecelaruan dan isu keselamatan yang timbul mendorong pemain-pemain menggunakan kuasa mereka untuk menangguhan kejohanan ini ke satu tarikh lain.

Berikut adalah antara kapten pasukan dan pemain utama dari setiap negara yang telah menyatakan pendirian mereka mengenai penganjuran pertandingan tersebut.

Casemiro (Kapten Brazil)

Kapten skuad Brazil, Casemiro adalah pemain paling lantang menentang penganjuran Copa America ini. Beliau turut bertindak memboikot sidang media menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Ecuador untuk menyatakan pendiriannya.

Casemiro tidak berseorangan dalam menzahirkan pendirian tersebut apabila turut menerima sokongan pemain-pemain lain seperti Neymar. Pemain Paris Saint-Germain itu turut bertindak sebagai penghubung untuk berkempen kepada kapten pasukan negara lain agar kejohanan tersebut tidak diteruskan.

Juan Cuadrado (Kaptem Colombia)

Skuad Colombia turut tidak membuang masa menyatakan pendirian mereka enggan beraksi di kejohanan Copa America ini.

Melalui kenyataan yang dilakukan melalui Persatuan Pemain Profesional Colombia, mereka menzahirkan kerisauan mereka jika kejohanan diteruskan akibat situasi penularan wabak Covid-19.

Kaptem pasukan, Juan Cuadrado turut menyiarkan kenyataan bersama tersebut di semua rangkaian media sosial milik beliau.

Bintang Uruguay sokong Brazil

Majoriti pemain di dalam skuad Uruguay turut telah menyatakan pendirian mereka untuk menyokong rakan mereka dari Brazil.

Antaranya ialah Luis Suarez, Edinson Cavani dan Fernando Muslera yang secara umum menyatakan pendirian mereka menentang penganjuran kejohanan tersebut.

“Anda harus mengutamakan kesihatan,” kata Luis Suarez. “Saya menentang penganjuran Copa America.”

Masih nantikan Messi

Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) telah menyatakan niat mereka untuk terus bertanding di kejohanan ini. Ini membuatkan pendirian daripada kapten pasukan, Lionel Messi menjadi tanda tanya.

Tidak seperti kapten dan pemain utama di pasukan lain, Messi terus mendiamkan diri mengenai isu ini. Namun demikian akhbar Sepanyol, Mundo Deportivo berkata Messi berkongsi pendapat yang sama dengan pemain-pemain lain dari Brazil.

Chile akan ikut bantah

Pasukan seterusnya yang dijangka akan membantah kejohanan diteruskan ialah Chile. Kapten pasukan Chile, Claudio Bravo bukan pemain asing dan dan sentiasa berhubung dengan pemain-pemain lain seperti Neymar, Luis Suarez dan Messi.

Pendirian berbeza dari Bolivia

Bolivia menjadi satu-satunya pasukan setakat ini yang telah menyatakan pendirian agar kejohanan Copa 2021 diteruskan. Kenyataan sokongan mereka turut disiarkan melalui media sosial pada Rabu lalu.

Masa bagaimanapun akan menentukan sekiranya mereka meneruskan pendirian tersebut, atau akhirnya menyertai pakatan pasukan lain yang mahu memboikot kejohanan tersebut.

Penutup

Neymar dilaporkan sedang giat menghubungi beberapa pemain lain seperti Inner Valencia dan Ayrton Preciado, yang merupakan kapten pasukan Ecuador.

Akhirnya CONMEBOL tiada pilihan lain selain menangguhkan kejohanan sekiranya mendapat bantahan majoriti pemain. Badan bola sepak Amerika Selatan itu pasti tidak mahu pemain berstatus bintang dunia memboikot kejohanan bola sepak tersebut.

 

Baca artikel menarik lain mengenai Copa America:

Apakah Punca Colombia Dibatalkan Hak Jadi Tuan Rumah Copa America 2021?

Copa America: Kad Merah Lionel Messi Bayangi Kejayaan Argentina Raih Tempat Ke-3

Copa America: Messi Tuduh CONMEBOL Dibayar Rasuah, Semuanya Sudah Tersedia Untuk Brazil

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN