Pahang Naik Ke Puncak Liga, JDT Berada Di Tangga Ke-3 Selepas Menang

Pahang berjaya naik ke puncak liga sekurang-kurangnya untuk 24, sambil menunggu keputusan melibatkan pasukan Kedah pada hari ini.

Pahang 3 PKNS 0

Pahang memberikan derita berterusan kepada PKNS. Ini merupakan kekalahan ke-3 berturut-turut PKNS di dalam liga dan ke-4 berturut-turut di dalam semua pertandingan.

Gol pembukaan pasukan Pahang dijaringkan oleh Mohd Afif Amiruddin pada minit ke-12.

Pada separuh masa ke-2, 2 lagi gol disumbangkan oleh penjaring terbanyak Liga Super setakat ini Matheus Alves dan juga Ashaari Shamsuddin.

Pahang vs PKNS FC,Pahang playesr,during Super League match at Stadium Darul Makmur Kuantan on,28 February 2017,Photo by Safwan Rozi / www.asiana.my,

Keputuan di Darul Makmur ini menjadikan Pahang sebagai pasukan pertama musim ini yang menjejak angka 20 gol dalam saingan liga musim ini.

PKNS pula turun ke tangga ke-8 meskipun Melaka masih tidak bermain. Ini kerana perbezaan jaringan mereka.

Sarawak 0 JDT 2

Manakala, di Kuching, Sarawak tewas di tangan juara bertahan JDT.

Ia sekaligus melebarkan rekod tanpa kemenangan Sarawak di Kuching dalam perlawanan liga kepada 3 perlawanan.

Dalam erti kata lain, Sarawak tewas 100% dalam 3 perlawanan pembukaan liga Super di Kuching.


Sarawak and JDT during Malaysia Super League 2017 match at Stadium Negeri Sarawak on 28 February 2017. Photo by Azlandy M. A.T / www.asiana.my

JDT mengekalkan sistem 4-3-3 mereka di dalam perlawanan ini dan Mora kelihatan sudah hampir menemui formula lengkap.

Kedua-dua gol JDT adalah dari Gonzalo Cabrera pada minit ke-8 dan juga ke-70.

Ini adalah kali pertama JDT menang 2 perlawanan berturut-turut di dalam liga musim ini. Ia tanda positif kepada kebangkitan mereka.

JDT berjaya melonjak ke tangga ke-3 liga selepas mengutip 11 mata.  Dibezakan 5 mata daripada pasukan Pahang yang sudah memiliki kelebihan 1 perlawanan.

Sarawak pula kekal di tangga ke-9, namun Kelantan dan Felda United berpotensi memintas mereka.

Seterusnya, JDT vs Pahang!

Perlawanan seterusnya, Pahang akan berkunjung ke Larkin untuk berhadapan dengan JDT.

Ia pastinya perlawanan yang ditunggu-tunggu setelah musim lalu, kualiti agak berat sebelah dalam perlawanan ini.

Musim ini pula Pahang memiliki kualiti pasukan yang sangat baik.

Baca juga: Presiden FAP Tegaskan Tak Mahu Lepas Jawatan, Terima Ugutan Bunuh

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN