Gol Faisal Rosli Selamatkan Pahang Dari Dimalukan Selangor Di Darul Makmur

Aksi Pahang VS Selangor di Stadium Darul Makmur menyaksikan kedua-dua pasukan dalam misi untuk mencengkam kedudukan di kedudukan atasan liga memandangkan Pahang dan Selangor sudah sah layak ke Piala Malaysia.

Perlawanan ini telah memperoleh percubaan pertama seawal minit pertama selepas pasukan Pahang hampir menjaringkan gol apabila situasi kelam kabut dalam kotak penalti Selangor berlaku.

Perlawanan ini nampak terbuka selepas kedua-dua pasukan saling mengancam kubu lawan masing-masing.

Selangor membuka jaringan pada minit ke-6 selepas rembatan Juliano Mineiro dari luar kotak penalti berjaya menerjah jaring gol Pahang.

Situasi sedikit tegang apabila berlaku situasi off-ball apabila Matheus Alves dan Ugo Ukah saling bertengkar sesama sendiri.

Pahang kembali membalas pada minit ke-11 apabila Matthew Davies menolak kuisan Muslim Ahmad ketika situasi sepakan penjuru.

Setakat 20 minit perlawanan ini tempo permainan nyata pantas apabila kedua-dua pasukan saling menunjukkan kretiviti mereka dalam mencari gol kedua masing-masing.

Gambar: Pahang FA

Selangor mempunyai peluang keemasan pada minit ke-29 apabila Forkey Doe berjaya melarikan bola ke dalam kotak penalti Pahang namun rembatannya tersasar sedikit dari gol.

Baki separuh masa pertama menjadi sedikit perlahan dari segi tempo, namun percubaan dari jarak jauh banyak dilakukan terutamanya dari pasukan Pahang.

Separuh masa kedua bermula dengan pasukan Selangor hampir di depan selepas Forkey Doe menerima hantara lintang dari rakan sepasukan namun beliau tidak berjaya menolak bola masuk ke dalam pintu gol.

Rembatan jarak jauh Azam Azih berjaya menundang bahaya namun rembatannya ditepis oleh Khairul Azhan.

Perlawanan menjadi sedikit perlahan selepas 2 kali terhenti akibat pemain mengalami kecederaan.

Bermula dengan kecederaan antara Victor Astafei dengan Wan Azraie dan selepas itu Syamim Yahya pula mengalami kecederaan tidak lama selepas itu.

Joseph Kalang Tie hampir menjaringkan gol selepas tandukan beliau hampir saja masuk ke dalam gol namun sipi pada minit ke-60.

Dan selepas seminit, beliau terlepas lagi peluang selepas rembatan beliau melambung tinggi apabila menerima bola hantaran Mahmadou Sumareh.

Selangor menjaringkan gol menerusi Forkey Doe selepas menyempurnakan penalti selepas Astafei dijatuhakan oleh Faisal Rosli. Kedudukan kini 2-1 memihak Selangor.

Selepas bolos, Pahang terus menaikkan gear dalam misi mencari gol apabila menghujani kubu Selangor dengan pelbagai serangan.

Namun sayang sekali tiada gol berjaya dihasilkan.

Selangor nyata selesa untuk duduk bertahan sahaja dan membiarkan Pahang datang menyerang mereka.

Keputusan itu nyata keputsan yang baik kerana mereka berjaya menghalang Pahang dari memperoleh gol kedua mereka.

Memasuki 10 minit terakhir, Pahang terus menekan Selangor dan hasilnya Faisal Rosli menjaringkan gol pada minit ke-88 untuk menyamakan kedudukan 2-2.

Selepas itu, Pahang terus menekan Selangor dalam misi mencari gol kemenangan pula. Percubaan Ashari Shamsuddin hampir menghasilkan gol ketiga Pahang namun ditepis Khairul Azhan.

Usaha terakhir dari Muslim Ahmad sia-sia apabila tandukan beliau tersasar.

Keputusan penuh – Pahang 2-2 Selangor.

Kesebelasan utama

Pahang: Wan Azraie (penjaga gol), Matthew Davies (kapten), Muslim Ahmad, Heo Jae Won, Faisal Rosli, Syamim Yahya, Joseph Kalang Tie, Azam Azih, Wan Zaharulnizam, Mahmadou Sumareh, Matheus Alves

Selangor: Khairul Azhan (penjaga gol), Ugo Ukah, Razman Roslan, Bunyamin Umar, K. Kannan, Saiful Ridzwan, Juliano Mineiro, Halim Zainal, Syahmi Safari, Forkey Doe, Victor Astafei

Baca juga: FMLLP Tegaskan Isu Keselamatan Penonton Tanggungjawab Setiap Pasukan!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN