Pahang Gagah Tewaskan Red Giants Untuk Juarai Shopee Piala FA 2018

Pahang muncul juara Shopee Piala FA 2018 selepas berjaya menundukkan Selangor 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Aksi di hadapan hampir 44,000 penyokong setia kedua-dua pasukan pada babak pertama menyaksikan Pahang lebih mengancam ke kubu Selangor dengan berpaksikan kelincahan Mohamadou Sumareh dan Norshahrul Idlan Talaha di bahagian sayap.

Sumber: Pahang FA

Pahang memperoleh peluang pada minit ke-11 selepas Sumareh dengan mudah merampas bola dari kawalan K.Kannan di sebelah kiri pintu gol Selangor.

Bagaimanapun, Ausgustine Amutu yang berada di luar kotak penalti menerima hantaran dari Sumareh itu melakukan rembatan yang terkena pertahanan Selangor lalu mengenai tiang gol.

Sumareh ternyata menjadi ancaman terbesar buat Selangor apabila beliau kerapkali menewaskan Kannan untuk melakukan hantaran-hantaran baik buat rakan sepasukan.

Muhd Nor Azam Abdul Azih bertindak cemerlang dengan meledakkan rembatan kencang dari luar kotak penalti untuk jaringan pembukaan perlawanan pada minit ke-23.

Sumber: Pahang FA

Pahang terus garang melancarkan gerakan bagi menambah jaringan dengan percubaan menerusi Norshahrul dan Safuwan Baharudin.

Tetapi penjaga gol Selangor, Mohd Khairulazhan Khalid lebih bersedia bagi menghalang percubaan bahaya pada minit ke-34 dan 37 itu.

Skuad ‘gergasi merah’ yang dibimbing Muhammad Nazliazmi Mohamad Nasir itu juga sesekali melancarkan asakan, namun Helmi Eliza ternyata lebih bersedia bagi menafikan usaha yang dijana Selangor.

Jaringan daripada Azam itu memisahkan kedua-dua pasukan sehingga tamat babak pertama.

Memasuki babak kedua, Pahang terus menekan Selangor dengan gerakan menarik terutamanya menerusi Sumareh dan Norshahrul.

Kesilapan Alfonso De La Cruz Calero yang melakukan kekasaran terhadap Amutu telah menghadiahkan sepakan penalti buat Pahang pada minit ke-61.

Sumber: Pahang FA

Patrick Dos Santos Cruz yang bertanggungjawab mengambil sepakan tersebut tidak mensia-siakan peluang bagi melebarkan kedudukan buat Pahang.

Usaha kedua-dua finalis bagi mencari jaringan selepas itu gagal memberikan hasil yang diharapkan untuk menobatkan kejuaraan Piala FA ke-3 buat Pahang sejak pertama kali piala itu diperkenalkan pada tahun 1990.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN