PAFA Perkenalkan Barisan Pemain Musim 2020 Sabtu Ini

PAFA

Penantian peminat setia pasukan Perak yang sentiasa menantikan informasi terkini mengenai pemain skuad Yob itu bakal terungkai apabila Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) telah merangka satu majlis bagi memperkenalkan barisan pemain musim 2020 pada Sabtu ini (11 Januari 2020).

Majlis yang dikenali sebagai ‘Program Meet & Greet Fans’ itu akan diadakan di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru, Ipoh bermula jam 5.00 petang hingga 11.00 malam.

Selain daripada pelancaran pasukan serta sesi meet and greet bersama pemain-pemain Perak yang pastinya menjadi tumpuan utama para penyokong, majlis turut diserikan lagi dengan persembahan ‘Live Music’ daripada band tempatan serta beberapa permainan ‘mini-sport’.

Selain Perak yang terus beraksi dalam kempen Liga Super, PAFA turut mempunyai wakil dalam saingan Liga Premier [Perak II] selepas  menjadikan Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) sebagai pasukan pembangunan (feeder team].

Perak sebelum ini telah kehilangan khidmat Brendan Gan dan Mohd Nor Hakim Hassan yang berhijrah ke Selangor manakala Nasir Basharudin pula memilih Terengganu FC.

Dua tonggak import, Ronaldo Henrique Silva dan Hussein Eldor tidak disambung kontrak yang menyaksikan kekosongan tersebut diisi Guilherme De Paula dan Jeon Hyo-Seok.

Perak II yang dibimbing Abu Bakar Fadzim pula akan mengadunkan beberapa pemain seperti N. Thanabalan [pinjaman], Ahmad Sukri Hamid, Khairul Asyraf Sahizah serta pemain import dengan pemain-pemain Piala Presiden Perak dan PKNP FC yang sudah melepasi had umur.

Jumpa ‘mengkome disane Yob-Yong’!

Kredit foto: Perak TBG

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN